Sabtu, 1 November 2008

18 SX (VVT-i) G

Mau power?....minum kopi maut!!!!!...

Hati-hati pengemar kopi...salah minum nahas...

Dipasaran banyak jenama-jenama kopi yang mempunyai daya tarikan sendiri..

"Kopi Tegak", "Kopi Hari2mau", "Sejam se-X", "Kopi Abang Keras" dan lain-lain lagi ditambah pula dengan gambar power seperti atuk tua pegang cawan,ahli bina badan yang tak pakai baju yang tentunya akan menjadi tarikan tak terhingga  kepada pengemar kopi tanah air...

Pada pembungkus jelas mereka menyatakan kelebihan jika meminum kopi mereka antaranya boleh meningkatkan tenaga batin, tenaga dalaman dan ntah ape-ape lagi..

Bagi saya kopi adalah kopi...

Antara bahan utama yang sering diwarwarkan adalah Tongkat Pak Ali, oppss...Tongkat Ali..,Ubi Jaga, Guarana, Ginseng dan lain-lain.

Ha...baru-baru ni ada rampasan untuk sejenis kopi pra-campuran dipasaran, rupa-rupanya kopi yang didakwa mengandungi Tongkat Ali dan ginseng mampu memberikan ransangan seks kepada peminumnya.

Didapati selepas ujian makmal ia mengandungi sejenis racun berjadual, Sildenafil ramuan yang terdapat pada Viagra..

Jika pengambilan Sildenafil tanpa kawalan ia boleh menyebabkan seseorang individu alami ganguan perut, muntah-muntah, ganguan penglihatan, sesak nafas dan akhirnya boleh membawa kematian.

Jadi jika tiba-tiba ada kawan perkenalkan kopi power jangan gatal nak cuba, lebih-lebih lagi bila minum secawan badan rasa lain macam power dia (Elephant Power/Power Ranger) dah-dah... hentikan sebelum terlambat.

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian padan muka!!!!"

Satu lagi MFM nak bagi tau jika minum kopi yang claim gunakan "collagen" bagi mencantikkan kulit yang dah berkedut tu..hati-hati pastikan kolagen dari haiwan apa yang digunakan...

Jadi minum je yang telah disahkan kehalalanya dan keselamatan penggunaanya...

1 ulasan:

johari.hokage berkata...

-en din tolong check balik satu jenis kopi yang dipanggil "KOPI LEBAI MAN" tolong yer en din heheh, kopi ni saya tengok ada dekat kedai kopi dekat desa saujana, dia punya pakaian "NALA" heheh