Ahad, 30 November 2008

MONOGLISERIDA

Monogliserida adalah ester bagi gliserol dan asid lemak.

Mono dan digliserida telah digunakan dalam industri makanan sebagai pelarut dalam air.

Bahan ini dapat mengurangkan ketegangan permukaan air bagi minyak dan lemak, tegasnya bertindak sebagai pengemulsi.

Ia membenarkan minyak dan lemak berpecah kepada titis-titis kecil untuk memudahkan proses metabolisma.

Mono dan diglliserida boleh bersumberkan haiwan atau tumbuhan.

Oleh itu kita perlu memastikan haiwan apa yang digunakan.




Ucapan:

Dengan peluang ini saya mengucapkan selamat berpindah kepada nasiour.blogspot dan johari.hokage dan Naim ke JAKIM semula. Semoga ceria pulang ke JAKIM kembali.

Khamis, 27 November 2008

PERASA "VANILLA" BOLEH ATAU TIDAK?





Pernah saya mendapat email daripada pembaca, menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat perisa vanilla HARAM dimakan kerana ia dihasilkan dengan menggunakan alkohol untuk bahan pelarutnya.

Jadi pada post kali ini kita akan membincangkan perkara yang berkaitan vanilla.

Pada asalnya penggunaan perisa vanilla adalah berasal daripada biji vanilla itu sendiri. Kini ekstrak vanilla telah dihasilkan secara kormersial.

Ekstrak vanilla yang pertama digunakan pada asalnya sebagai bahan untuk memulihkan masalah sakit perut.

Kini perisa vanilla boleh didapati dimana-mana jua, samada supermarket, kedai runcit dan lain-lain.

Perisa vanilla ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, bergantung kepada cara pemprosesan dilakukan. Antaranya :

Pure Vanilla Extract:

Lebih kurang 150 variati vanilla, tetapi hanya dua jenis yang dihasilkan secara kormersial iaitu "Bourbon" dan "Tahitian".

Vanilla extract dihasilkan dengan cara merendam biji vanilla yang telah dicincang dengan alkohol dan air.

Pemprosesanya dilakukan melalui kawalan suhu bagi mengelakkan perisanya hilang.

FDA (Federal Food and Drug Administration) menyatakan memerlukan minimum 35% campuran alkohol untuk 13.35 ounces biji vanilla didalam membuat ekstraksi. Ini adalah minimum tetapi untuk menghasilkan premium vanilla extract peratusan alkohol perlu lebih tinggi dalam memastikan lebih banyak perisa vanilla dapat diekstrak.

Jadi alkohol jenis apakah yang digunakan untuk pemprosesan ini? Arak ?

Post yang akan datang akan saya ceritakan mengenai perasa-perasa vanilla yang lain.


Rabu, 26 November 2008

"Teppanyaki"

Antara makanan jepun yang popular di Malaysia ialah "Teppanyaki". 

Perkara yang unik mengenai masakan ini adalah cara memasaknya, jika kita pergi ke restoren ini, tukang masak kan memasak makanan tersebut diatas "pan" pemanas dihadapan pelanggan.

"Ting-ting"..bunyi di macam lawan pedang. Menarik....

Mari kita lihat apakah dia makanan ini?

Teppanyaki adalah salah satu jenis makanan jepun yang menggunakan periuk leper yang diperbuat daripada besi (teppan). "Yaki" bermaksud goreng. 

Antara bahan ramuan yang biasa digunakan dalam masakan ini adalah daging, udang, daging ayam, udang karang, dan pelbagai jenis sayuran.

Biasanya ia menggunkan minyak kacang soya untuk memasak.

Jika kita mengikut resipi asli jepun mereka menggunakan minyak sayuran, minyak yang diperolehi daripada lemak haiwan atau mencampurkan kedua-duanya sekali.

Jadi kita sebagai pengguna haruslah memastikan bahan tersebut tidak digunakan semasa penyediaan.

Cara memakannya boleh mecelup makanan tersebut ke dalam kicap soya.





teppanyaki chef in minanée, lyon france

Isnin, 24 November 2008

"SAKE" ARAK JEPUN







Salam...

Semasa ke outstation ke utara, sambil minum kopi 3 in 1 di hotel, kami menonton satu movie peperangan dunia kedua.

Dalam movie tersebut meunjukkan lima orang pilot jepun sedang meminum sejenis arak yang dipanggil "sake"
.
Saya tertarik dengan minuman tersebut, kerana ia bukan sahaja menjadi kebanggan orang jepun dan ia juga digunakan banyak dalam masakan Jepun.

Jadi apakah sake? Bagaimanakah ia diperbuat?

Sake adalah sejenis arak yang diperbuat daripada beras, kalau di nagara jepun perkataan "sake" adalah merujuk kepada arak.

Merujuk kepada Undang-Undang Arak Jepun Sake merujuk kepada minuman yang diperbuat daripada beras, koji baras, dan air menggunakan kaedah fermentasi (pemeraman) dan penapisan.

Semua sake dibahagikan kepada 2 kategori iaitu yang ditambah alkohol dan yang hanya diperbuat daripada beras.




Sake diminum semasa memakan makanan bergoreng seperti "tempura" dan juga semasa memakan "sushi".

Sekian...






Ahad, 23 November 2008

"SUSHI"






Wah dah seminggu tak menulis blog ni, minta maaf outstation ke Utara.

Terima kasih kepada semua pengunjung laman blog saya.

Hari ini kita bercerita mengenai sejenis makanan jepun iaitu "sushi".

Jika merujuk kepada makanan jepun "sushi" ini dikategorikan sebagai nasi bercuka/vinegred rice yang ditambah dengan ramuan yang lain, antaranya ikan,pelbagai jenis daging dan sayuran.

Ada pebagai jenis sushi dipasaran, mungkin kita pernah memakanya.

Antaranya :

  • Nigiri-zushi
  • Maki-zushi
  • Oshizushi
  • Inari-zushi
  • Chirasshizushi
dan lain, nama diberi mengikut cara mereka dibuat.

Antara bahan ramuan yang digunakan untu membuatnya adalah Nasi sushi (biasanya beras jepun), Nori (sejenis rumpai laut dalam bentuk kepingan) , ikan, makanan laut lain (sotong, sotong kurita, udang, ketam, kerangan dan lain-lain, sayuran, daging merah (daging lembu, sosej, ham, daging kuda dan lain-lain),.

Yang menjadi isu sekarang kita mesti memastikan mereka tidak menggunakan daging yang tidak halal dan penggunaan "sake" sejenis arak yang diperbuat daripada beras.

Jumpa lagi pada tajuk yang lain...






How to Make Sushi

Jika nak menonton berterusan tanpa gangguan macam Astro masa hujan, click play lepastu click pause hingga habis dan boleh cliks play kembali, selamat menonton....

Sabtu, 15 November 2008

"Arigato Hozaimas"

Semasa sedang menikmati makanan di Food Court, saya memerhatikan pelbagai jenis makanan yang dijual, orang lalu lalang memilih makanan yang dihajati.

Nun jauh dari tempat makan, saya terlihat dua buah restoren jepun yang menjual makanan dari negara tersebut. Terlintas di fikiran saya mengapa restoren ini tidak pernah mendapat pensijilan halal?
Mungkin mereka katakan buat apa hendak memohon sedangkan ramai orang muslim datang tanpa bertanyakan sijil halal mereka.

Ada saya terbaca mengenai artikel berkaitan makanan jepun, antara bahan ramuan yang biasa digunakan didalam makanan mereka ialah "Mirin".

Mirin adalah sejenis bahan perasa penting didalam makanan jepun.

Mengandungi 40-50% gula.

Ia adalah sejenis wine beras/rice wine yang hampir menyamai sake (sejenis arak beras jepun), tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit iaitu 14%.

Pada zaman dahulu Mirin digunakan sebagai minuman pemabuk (sweet sake).

Mirin digunakan dengan memercikkan sedikit kepada ikan yang di bakar atau untuk menghilangkan bau hanyir ikan.

Amaun yang sedikit digunakan bersama gula dan kicap soya.

Ia tidak digunakan dengan berlebihan ini adalh kerana rasanya yang kuat.

Kadang-kadang ia digunakan sebagai pelengkap/perisa sushi.

Mirin selalunya digunakan didalam pembuatan teriyaki sauce.

Semasa saya berkursus di Thailand, saya juga mengetahui Mirin juga diletakkan pada ayam panggang yang akan diekspot ke Jepun. Kerana Mirin boleh memberikan rasa sedap dan manis.

pada post yang akan datang saya akan membincangkan mengenai makanan-makanan jepun yang biasa kita temui direstoren jepun di Malaysia.




SLOT MOTIVASI:

Pernah tak satu ketika kita diberikan tugas yang banyak sehingga kita pening dibuatnya.

Cuba gunakan kaedah ini, tulis masalah/perkara yang ingin dibuat pada sekeping kertas.

Semasa ingin tidur bayangkan kita telah menyelesaikanya dengan berjaya.

Percaya atau tidak esok insyaallah kita dapat menyelesaikan tugas itu sepeti yang diharapkan.

Kenapa ini berlaku? Sebenarnya semasa kita tidur 'minda separuh sedar' sedang bekerja untuk menyelesaikan masalah tersebut, so bila bangun pagi kita akan merasakan kita mempunyai cara untuk menyelesaikanya.

Cuba jangan tak cuba...






Khamis, 13 November 2008

PEKTIN DALAM JEM BUAH-BUAHAN

Pernah satu ketika saya mendapat panggilan daripada pengguna yang menyatakan bahawa jem yang mereka beli mengandungi gelatin!

Selepas saya pastikan bahawa yang dikatakan gelatin itu adalah Pektin.

Pektin ditambah ke dalam Jem buahan untuk menjadikanya kental dan senang disapu pada roti.

Ia dihasilkan daripada akar, batang dan buah tumbuhan.

Pektin digunakan dalam produk :

  • Jem dan jeli
  • Buahan untuk youghurt
  • Pekatan minuman buah-buahan
  • Desert buah dan susu
  • Produk confectionery

Sebenarnya senang je nak buat jem dirumah...contohnya jika kita banyak buah strawberry kita tambah gula dan panaskan dengan kacau sentiasa sehingga buahnya hancur dan menjadi likat.





Seterusnya sejukkan..tadaaa... dah siap jem strawberry "home made".

Jadi ia adalah halal...








Rabu, 12 November 2008

AKAR KUAT!!!

Bila orang bercerita mengenai akar kuat, pasti kita terbayang akar Tongkat Ali yang besar lengan tu..
Semua nak buat produk guna akar tu kopi, air minuman, gula-gula, kek, bak kata macam batang kelapa semua boleh buat...

Hari ni nak kongsi satu akar istimewa yang sinonim dari negara China iaitu Ginseng.

Sejenis herba yang tumbuh liar dan sejak turun temurun diketahui khasiatnya untuk penyembuhan, meningkatkan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal. 

Pelbagai spesis herba ini telah di tanam antaranya :

  • American Ginseng 
  • Chikusetsu Ginseng 
  • Dwaft Ginseng 
  • Himalayan Ginseng 
  • Korean Ginseng 
  • Sanchi Ginseng 

Ia juga digunakan sebagai ramuan dalam makanan orang asia, Akarnya digunakan untuk pembuatan ubat gigi, minuman, sup, inti makanan, salad, gula-gula dan lain-lain.

Ginseng boleh diperolehi dalam bentuk akar mentah, serbuk, ekstrak, kristal, kapsul dan tablet.

Jika kapsul hendaklah dipastikan kapsul apa yang digunakan.






Wild Ginseng







Selasa, 11 November 2008

"PERWARNA MERAH DARI SERANGGA"

Tahukah anda kemungkinan air atau makanan berwarna merah yang anda makan mungkin mengandungi bahan yang berasal daripada serangga?

Pernah terlihat pewarna merah yang tertulis Cochineal, semasa memilih pewarna untuk biskut kuih raya haji akan datang ?

Apa itu perwarna Cochineal?

Cochineal dan Cochineal Carmine adalah bahan perwarna merah yang diperolehi serangga coccid, mengandungi asid carminic.










Alamak, boleh makan tak ni? Ini bukan rancangan "Fear Factor"!!!

Boleh...


Fatwa yang berkait dengan pewarna makanan :




"Slot Motivasi"

Saya nak kongsikan dua tabiat (habit) yang boleh diamalkan oleh kita jika nak berjaya dalam apa bidang sekalipun.

Tak kira kita sebagai pekerja atau pengurus atau eksekutif atau usahawan atau pemilik perniagaan.

Iaitu :

1) Tabiat Bermula awal, Kerja Kuat dan Balik lambat

Maksudnya disini jika waktu kerja bermula jam 8.00am, kita sepatutnya bekerja dengan tekun bermula 7.30am, bekerja dengan tekun seharian.

Jika waktu balik jam 5.00 pm baliklah jam 5.30 atau 6.00pm.

Ini akan meningkatkan produktiviti kita sebanyak 50% hingga 100%.


2) Tabiat Minta Lebih Banyak Tanggungjawab

Bila rasa semua kerja telah kita lakukan, pergi jumpa bos tanya kita mahu lebih banyak tanggungjawab/kerja.

Cakap kita suka dengan kerja kita dan kita ingin memberikan sumbangan kepada Jabatan atau syarikat.

Kalau buat macam ni, percayalah cakap saya lambat laun bos akan bagi kita naik pangkat dan gaji lebih dan bonus lebih....

Inilah rahsia orang yang berjaya dalam apa jua bidang mereka ceburi.

Wassalam...


Isnin, 10 November 2008

Scorpion Candy !!!!!

Masa kecil dulu teringat saya pada satu gula-gula yang best dimakan iaitu "gula-gula udang", yang tak pernah makan, rasanya macam udang dan ada salutan seperti plastik tetapi boleh dimakan.

Hari ni, saya terlihat satu rencana mengisahkan industri pembuatan gula-gula di US, dari coklat biasa yang kita lihat, tup-tup ha...gula-gula kala jengking!!

Boleh ke makan ?

Yang peliknya ia mendapat sambutan yang memberansangkan, terutamanya bila ada pesta Hallowen, ala yang budak-budak pakai pakaian hantu dan kutip gula-gula dari rumah ke rumah.

Tapi perkara ni tak pelik kalau di Asia seperti di Vietnam misalnya ada serangga goreng...lalat, lipas, kumbang, dan apa yang boleh ditangkap boleh dimakan hingga menjilat jari.



Kat Sarawak ada pula orang yang makan ulat dalam batang sagu, tah saya tak pernah cuba, orang kata boleh memberikan kecantikan wajah...so sape-sape muka 'Volcano' boleh cuba.

Mengikut MS1500:2004 Sumber makanan halal untuk haiwan didarat halal dimakan kecuali :

  • Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syara'
  • Khinzir dan anjing dan keturunanya
  • Haiwan bertaring atau bergading yang digunakan untuk membunuh mangsa seperti Harimau, beruang, gajah, kucing, beruk dll.
  • Burung pemangsa
  • Makhluk perosak seperti tikus, kala jengking, dan haiwan sepertinya

  • Haiwan yang dilarang dibunuh dalam Islam seperti Lebah (al-nahlah), Burung belatuk/woodpeckers (hud-hud),dll
  • Makhluk yang dianggap jijik seperti kutu, lalat dll.
Jadi tak payah makanlah, sebab banyak makanan yang lain boleh dimakan.



P/S: Pernah semasa outstation pengurus kilang menyatakan bahawa kawasan kilang mereka tiada seekor anjing pun semenjak pekerja daripada Vietnam menghuni kawasan perumahan berdekatan....So tak perlu risau pasal anjing. tambah beliau yang peliknya kucing pun semakin berkurangan...Jadi sesiapa yang membela kucing SIAM atau PARSI pastikan ia dalam jagaan anda.



Ahad, 9 November 2008

Apa Itu Gliserin/Glycerine?




Gliserin adalah satu bahan kimia yang paling bernilai diketahui manusia.


Gliserin mempunyai 1500 kegunaan, dengan fungsi sebagai bahan ramuan dan bahan bantuan proses didalam kosmetik, 'toiletries', barangan kegunaan peribadi, ubat-ubatan dan produk makanan.

Mempunyai sifat seperti jernih, tidak berbau, pekatan cecair yang mempunyai rasa manis.

Gliserin boleh diperolehi daripada sumber semulajadi (lelemak tumbuhan dan haiwan) dan petrokimia.

Diperolehi daripada lemak dan minyak semasa penghasilan asid lemak ,sabun dan lelemak alkohol.

walaubagaimanapun ia boleh dihasilkan secara sintetik daripada petrokimia.

Jika ia dihasilkan melalui lelemak daripada haiwan kita hendaklah mengetahui haiwan apa yang digunakan?

Oleh itu ia tergolong sebagai bahan ramuan yang shubhah.

Ciri-ciri kimia yang unik, gliserin digunakan dalam produk sebagai 'humectent" kerana gliserin adalah "Hydrophilic" (suka air), dan digunakan untuk mengekalkan produk seperti buahan kering daripada menjadi terlalu kering.

Berfungsi mengekalkan inti produk (rapuh dan ranggup) daripada cair seterusnya akan menjadikan produk lemau.

Sebagai emollient (agen pelembab) krim pelembab tangan.

Antara produk yang menggunakan Gliserin sebagai bahan ramuan seperti :

  • Ubat gigi
  • Krim muka
  • 'Mouthwash'
  • Krim pencukur

  • Ubat batuk
  • Produk dandanan rambut
  • Sabun


Sebagai orang Malaysia kita harus bersyukur kerana mempunyai banyak bahan mentah yang boleh diperolehi daripada hasilan kelapa sawit antaranya Gliserin. Jadi untuk produk yang dihasilkan di Malaysia kebanyakanya menggunakan Gliserin daripada kelapa sawit terutamanya untuk produk makanan dan kosmetik.