Pernah saya mendapat email daripada pembaca, menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat perisa vanilla HARAM dimakan kerana ia dihasilkan dengan menggunakan alkohol untuk bahan pelarutnya.
Jadi pada post kali ini kita akan membincangkan perkara yang berkaitan vanilla.
Pada asalnya penggunaan perisa vanilla adalah berasal daripada biji vanilla itu sendiri. Kini ekstrak vanilla telah dihasilkan secara kormersial.
Ekstrak vanilla yang pertama digunakan pada asalnya sebagai bahan untuk memulihkan masalah sakit perut.
Kini perisa vanilla boleh didapati dimana-mana jua, samada supermarket, kedai runcit dan lain-lain.
Perisa vanilla ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, bergantung kepada cara pemprosesan dilakukan. Antaranya :
Pure Vanilla Extract:
Lebih kurang 150 variati vanilla, tetapi hanya dua jenis yang dihasilkan secara kormersial iaitu "Bourbon" dan "Tahitian".
Vanilla extract dihasilkan dengan cara merendam biji vanilla yang telah dicincang dengan alkohol dan air.
Pemprosesanya dilakukan melalui kawalan suhu bagi mengelakkan perisanya hilang.
FDA (Federal Food and Drug Administration) menyatakan memerlukan minimum 35% campuran alkohol untuk 13.35 ounces biji vanilla didalam membuat ekstraksi. Ini adalah minimum tetapi untuk menghasilkan premium vanilla extract peratusan alkohol perlu lebih tinggi dalam memastikan lebih banyak perisa vanilla dapat diekstrak.
Jadi alkohol jenis apakah yang digunakan untuk pemprosesan ini? Arak ?
Post yang akan datang akan saya ceritakan mengenai perasa-perasa vanilla yang lain.
2 ulasan:
Saya ingin bertanya, jika alkohol digunakan dalam makanan sebagai pelarut. Final end productnya bolehkah dikategorikan halal? Contoh seperti perasa vanilla ini. Apakah level alcohol bagi makanan halal jika terdapat by product atau menggunakan alcohol didalamnya?
Alang..yang penting sekali kita mesti mengetahui alkohol jenis apa yang digunakan? Yang menjadi isu samada alkohol arak atau alkohol yang dihasilkan untuk pemprosesan?
Tidak semua alkohol itu "Arak",jika arak digunakan sebagai pelarut maka ia adalah Haram. untuk level alkohol yang dibenarkan diMalaysia masih dalam kajian.
Catat Ulasan