Ahad, 2 November 2008

MALTITOL


Maltitol adalah gula alkohol (nama yang disebabkan proses penghasilanya bukan dari proses membuat alkohol)  digunakan sebagai pengganti gula biasa (sukrosa).

Mempunyai 75-90% kemanisan berbanding gula biasa, hampir sama ciri-ciri kemanisanya kecuali untuk memberikan warna perang semasa pemanasanya.

Ia digunakan untuk menggantikan gula pasir biasa kerana kalorinya yang rendah, tidak mengakibatkan kerosakan gigi dan kurang memberikan kesan kepada paras glukosa darah.

Secara kimianya maltitol dikenali sebagai 4-O-α-glucopyranosyl-D-sorbitol.

Pada pasaran ia dikenali sebagai Maltisorb dan Maltisweet.

Dihasilkan dengan proses hidrongenasi maltosa yang diperolehi dari kanji.

Digunakan pada produk "hard candies"(gula-gula biasa yang keras seperti hack,hudson,dll.), Gula-gula getah, Coklat,"baked goods, dan ais krim.

Adalah halal kerana tiada terlibat penggunaan bahan daripada haiwan dan bahan alkohol.


Tiada ulasan: