Isnin, 15 Julai 2013

"Buffet Ramadhan" apa isunya dengan Pensijilan Halal

Selamat menyambut ramadhan.
Apabila tiba Ramadhan banyak hotel dan restoren yang mempromosi hidangan mereka. Sehingga ada mencecah RM 200.00 untuk buffet. Tepuk dada tanya selera, hinggakan lebih seratus menu.
Isunya adakah kita tahu pihak yang membuat promosi makanan pada bulan ramadhan ini tertaluk kepada Akta Perihal Dangangan 2011, yang termaktub mana-mana pihak yang ingin menyatakan produk mereka halal dengan apa-apa tawaran ke arah meyatakan makanan yang disediakan adalah halal atau untuk orang islam jika mereka tidak mendapat pensijilan Halal Malaysia adalah salah. 
Kadang-kadang mereka tidak sensitif menyediakan minuman keras bersama "buffet ramadhan". Oleh itu jika kita ingin menikmati juadah berbuka di Hotel mahupun restoren pastikan mereka mendapat pensijilan Halal yang sah. Jangan pula pahala puasa kita terjejas dek kerana makanan yang subhah...

Sabtu, 13 Julai 2013

BAHAYANYA STEROID




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengenakan kawalan ketat penjualan steroid kepada orang ramai terutama belia yang aktif bersenam di pusat kecergasan.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata kawalan itu perlu bagi membendung gejala pengambilan steroid bagi tujuan untuk mendapatkan susuk badan tegap dan sasa.

"Adakah gaya hidup kini melihat kecantikan dan keyakinan diri itu hanya suatu bentuk komoditi, fizikal dan material semata? Fenomena itu membimbangkan apabila masyarakat mengambil jalan pintas untuk kekal menarik menggunakan steroid. 



“Justeru, CAP menggesa kerajaan membuat kawalan ketat terhadap penjualan steroid tanpa pengawasan dan penggunaan steroid tanpa perskripsi,”katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

"BAK KUT TEH" HARAM....

 
Tidak sensitif dengan umat Islam di bulan ramadhan.......
 
Poster ucapan selamat berbuka puasa Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana didakwa menghina umat Islam apabila menunjukkan gambar mereka menikmati bak kut teh yang disertakan logo halal. 
 
KUALA LUMPUR 12 Julai - Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi.
Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'. 

Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu.

Antara pembaca seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri).

Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa).

Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'. 

Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar.
Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan. 

Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'.

Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu.