Ahad, 9 November 2008

Apa Itu Gliserin/Glycerine?




Gliserin adalah satu bahan kimia yang paling bernilai diketahui manusia.


Gliserin mempunyai 1500 kegunaan, dengan fungsi sebagai bahan ramuan dan bahan bantuan proses didalam kosmetik, 'toiletries', barangan kegunaan peribadi, ubat-ubatan dan produk makanan.

Mempunyai sifat seperti jernih, tidak berbau, pekatan cecair yang mempunyai rasa manis.

Gliserin boleh diperolehi daripada sumber semulajadi (lelemak tumbuhan dan haiwan) dan petrokimia.

Diperolehi daripada lemak dan minyak semasa penghasilan asid lemak ,sabun dan lelemak alkohol.

walaubagaimanapun ia boleh dihasilkan secara sintetik daripada petrokimia.

Jika ia dihasilkan melalui lelemak daripada haiwan kita hendaklah mengetahui haiwan apa yang digunakan?

Oleh itu ia tergolong sebagai bahan ramuan yang shubhah.

Ciri-ciri kimia yang unik, gliserin digunakan dalam produk sebagai 'humectent" kerana gliserin adalah "Hydrophilic" (suka air), dan digunakan untuk mengekalkan produk seperti buahan kering daripada menjadi terlalu kering.

Berfungsi mengekalkan inti produk (rapuh dan ranggup) daripada cair seterusnya akan menjadikan produk lemau.

Sebagai emollient (agen pelembab) krim pelembab tangan.

Antara produk yang menggunakan Gliserin sebagai bahan ramuan seperti :

  • Ubat gigi
  • Krim muka
  • 'Mouthwash'
  • Krim pencukur

  • Ubat batuk
  • Produk dandanan rambut
  • Sabun


Sebagai orang Malaysia kita harus bersyukur kerana mempunyai banyak bahan mentah yang boleh diperolehi daripada hasilan kelapa sawit antaranya Gliserin. Jadi untuk produk yang dihasilkan di Malaysia kebanyakanya menggunakan Gliserin daripada kelapa sawit terutamanya untuk produk makanan dan kosmetik.













18 ulasan:

Siti Norhidayah Bt. Ismail berkata...

adakah pencuci lantai juga mengandungi gliserin? ini kerana produk2 lain seperti sabun dan syampu yang juga mengandungi gliserin ada yang mempunyai tanda halal jakim.namun setakat ini, saya tidak pernah menemui pencuci lantai yang mempunyai tanda halal..apakah kerana ia 100% diperbuat dpd bahan kimia?

Siti Norhidayah Bt. Ismail berkata...

adakah pencuci lantai mengandungi gliserin atau tidak?

Tanpa Nama berkata...

Kat mana nak beli pure glycerin tu? apa nama dia kat pasaran? Murah ke mahal?

halalgemius.com berkata...

Terima kasih atas pertanyaan. Pure glycerine biasanya dijual oleh pembekal bahan ramuan makanan, biasanya ada pembekal. Mungkin boleh dibeli di kedai yang menjual barangan kek. Tapi pastikan ia daripada tumbuhan bukan haiwan. Paling mudsah ada logo halal Malaysia.
TQ

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Jawapan: adakah pencuci lantai berkemungkinan mengandungi Glycerine atau tidak?
Kemungkinanya ada.....
Pastikan semak dalam senarai ramuan produk tersebut.
TQ

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Dalam pasaran sudah ada pencuci lantai yang telah mendapat logo halal.

Tanpa Nama berkata...

Kan Glycerin itu terkandung dalam pembersih wajah? terus fungsi Glycerin dalam pembersih wajah apa?
Indra 13thn

fakarudinft.blogspot.my berkata...

TQ Indra.
Glycerin ada juga digunakan didalam pencuci wajah. ia berfungsi sebagai " Humectant" didalam produk tersebut.
TQ

ShahKB berkata...

bole order gliserin disini
http://kolagenlaut.blogspot.com

Unknown berkata...

Ape beza glicerin cair dan ketul....
Adekah yg cair boleh digunakan untuk membuat sabun dan adakah ia akan membeku dlm pembentukan sabun nanti

Unknown berkata...

Ape beza glicerin cair dan ketul...
Yg cair boleh digunakan untuk buat sabun ketul tak...adakah ia akan membeku dlm proses pembentukan sabun nanti

Unknown berkata...

kat farmasi ade jual tak?

Unknown berkata...

kat farmasi ade jual tak???

Unknown berkata...

kat farmasi ade jual tak???

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Salam,
Akimullah
Terima kasih atas soalan ini.
Glycerin pada pandangan saya tiada dijual di Farmasi.
Cuba tanya dengan kedai pembekal bahan makanan atau pembekal bahan kek dan pastry.

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Dilla.
Glycerin merupakan salah satu bahan untuk pembuatan sabun.

Mummy Hana berkata...

owh..terima kasih untuk info ni..tgh carik glycerine untuk buat sabun.. (^_^)

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Salam,
Mummy Hana
Saya mungkin ada contact person untuk pencarian glycerin untuk sabun ni. Baru2 ni saya berjumpa dengan pengusaha sabun halal dan mungkin Mummy Hana boleh bertanyakan dengan beliau. Mohon berikan alamat emel untuk saya berikan maklumat lanjut. sekian.