Rabu, 5 November 2008

ALKOHOL DALAM MASAKAN

Baru saja tadi saya tonton AFC (Asia Food Chanel) di Astro, Seronok juga tengok pelbagai jenis masakan dan makanan.

Bukan nak cuba resipi, ala bukan pandai sangat masak pun...masak air boleh la...satu lagi saya pandai goreng telur mata lembu.

Tak bagi saya walaupun kita menonton sesuatu rancangan dan 'movie' kita hendaklah belajar sesuatu darinya...

Contohnya rancangan ini banyak siri yang berkaitan makanan barat dan Asia, so boleh saya mengetahui bahan ramuan yang kritikal dalam masakan mereka.

Saya dapati makanan barat banyak menggunakan wain dan cheese dalam masakan mereka.

Ha...seafood macam kepah pun menggunakan wain sebagai bahan ramuan, so berhati-hati bila ke luar negara, jangan ingat makan makanan seafood tu kira selamat, awas pastikan bahan ramuan lain yang digunakan.

Jadi perkara yang saya ingin bincangkan hari ni, berkaitan penggunaan wain masakan dalam makanan barat atau Asia.

Alkohol ditambah dalam masakan untuk menyedapkan rasa aroma sesuatu makanan.

Selalunya wain yang diminum dan wain masakan digunakan untuk tujuan ini.

Wain masakan mengandungi garam sebagai bahan pengawet untuk mengelakkan etanol bertukar kepada asid asetik (cuka) yang secara tidak langsung akan menukarkanya kepada cuka masakan.

Walaupun dipercayai semua alkohol yang ditambah dalam masakan ini akan tersejat semasa memasak, sebenarnya tidak berlaku sedemikian. (Riaz & Chaudry 2004).

Contoh wain masakan :

RoyalChef     





Shoa Xing   








**Berita Minggu 17 Feb 2008.


Ada kajian telah dijalankan mengenai kandungan alkohol yang telah ditambah dalam masakan dan dipanaskan untuk mengetahui samada alkohol itu akan hilang meruap ke udara atau tidak?.

Alkohol dalam adunan (dikacau) dan dipanaskan dengan api perlahan :




Rujukan :USDA Table of Nutrien Retention Factors, release 6, 2007

** Terdapat 45-75% baki yang tinggal bergantung kepada kaedah masakan.



Sebenarnya ada kaedah altenatif untuk penggantian alkohol ini dalam  masakan contohnya :




P/S: Post yang akan datang saya akan ceritakan kesan meminum alkohol pada manusia. Salam...


4 ulasan:

AcAh cHiK berkata...

Wah mantap tol En din :D

Tanpa Nama berkata...

Salam, ni la En Fakarudin yang saya kenal. Luas pengetahuannya,kan.. Hehe... Sayala Ex-Misdec Halal season 3

-iDa berkata...

so en Din, ttg isu pgunaan wain dlm mskn chef wan tu cam ne?
de x pihak JAKIM beri kenyataan pd pihak media???/
rmai org dluar sana y musykil bkenaan ngn isu nie???

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Tiada pun..I think coz takde orang yang forward pada JAKIM..