halalgenius.com
"Tips 1 Halal"
Friday, June 10, 2011
Pengumuman Perpindahan Laman Blog Halalgenius.com
Kepada semua pembaca setia laman Blog saya, laman ini telah berpindah ke alamat yang baharu iaitu http://halalgenius.wordpress.com terima kasih atas sokongan anda....
Monday, June 6, 2011
Pengeluar Minuman Non-Alcoholic Drink Diminta Mendapatkan Pensijilan Halal JAKIM
Jualan terhadap minuman yang dikatakan non-alcoholic dinegara ini telah menurun dengan mendadak, ini disebabkan kerisauan pengguna Islam terhadap status kehalalan produk itu. Pengedar minuman ini mengeluh kerana atas sebab isu ini mereka kerugian besar, kata mereka minuman tersebut "Halal" atas sebab ia dijual dimerata tempat di negara-negara Arab. "Kalau orang arab pun minum kenapa kita tak boleh, bila mereka minum sudah tentu produk itu halal" kata mereka. Tapi pendapat penulis ia perlulah disahkan status halalnya oleh pihak berautoriti di negara ini terlebih dahulu.Tidak semua penduduk di negara Arab tu Muslim, ia sama seperti Malaysia ada pelbagai agama dan kepercayaan.terpulang kepada orang ramai untuk memikirkanya.
Friday, June 3, 2011
Minuman dan Makanan dari Taiwan Dicemari Bahan Aditif yang Berbahaya
Negara China telah membuat penarikan balik terhadap beberapa minuman dan makanan yang dihasilkan dari Taiwan. Ini adalah atas kekuatiran mereka terhadap produk tersebut mungkin dicemari oleh sejenis bahan yang dinamakan DEHP (Sejenis pengemulsi untuk membuat minuman) dilaporkan oleh Taiwan's Department of Health ia sejenis polimer plastik yang telah diharamkan penggunaanya sebagai aditif makanan sejak 1999. Bahan aditif ini dikaitkan sebagai agen karsinogenik.
Thursday, June 2, 2011
Bakteria Pembunuh.....?
Hati-hati apabila memakan timun, kemungkinan mengandungi bakteria yang berbahaya dan mampu membawa maut. Sehingga kini sudah 14 nyawa melayang.Bakteria yang menghasilkan racun boleh menyebabkan menjejaskan darah, buah pinggang dan dalam kes paling teruk, sistem saraf dan boleh menjadi sangat serius bagi kanak-kanak dan orang tua.
Wednesday, June 1, 2011
Air Ajaib!!!
Penulis masih ingat suatu ketika dahulu gempar di Utara tanah air, orang ramai berpusu-pusu mendapatkan air yang keluar dari tanah berhampiran kawasan perumahan.Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan air ajaib ini. Ada yang datang dari KL mahupun dari Selatan Tanahair.Penduduk setempat percaya air ini mempunyai keitistimewaan untuk mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakit kulit dll. Tapi punca sebenar air pancutan itu terbongkar apabila Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil sampel untuk dihantar kemakmal untuk dianalisis kandunganya.Hasil analisis makmal mendapati air ini mengandungi bakteria E.Coli yang berbahaya jika termakan kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit berdarah dan jika tidak dirawat boleh membawa maut. Bila siasatan diteruskan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) rupa-rupanya air itu berasal dari paip kumbahan penduduk kawasan perumahan tersebut. Ini penulis boleh kaitkan dengan isu di Sulawesi Barat Indonesia yang mendapati terdapat air mukjizat dari sebuah masjid disana.
Tuesday, May 31, 2011
‘Cakno Halal Membawa Berkat’
Karnival halal berlangsung di Kota Bharu Kelantan, Perasmian karnival selama tiga hari itu yang bermula semalam disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
JAKIM Pernah Tolak Permohonan Sijil Halal Minuman Dari Timur Tengah
Oleh Idris Musa, Jamilul Anbia dan Siti A’isyah Sukaimi
am@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menolak permohonan untuk mendapatkan sijil halal bagi minuman dikenali bir halal yang diimport dari negara Timur Tengah.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, ini kerana ia tidak menepati standard halal MS 1500:2009 dan tidak mematuhi prosedur halal.
“Jakim tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada produk minuman itu dikenali sebagai bir halal itu. Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan memilih produk yang mempunyai sijil halal diiktiraf kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu ujian oleh Jabatan Kimia terhadap minuman berkenaan yang didapati mengandungi tahap alkohol melebihi daripada dibenarkan.
Berdasarkan sampel minuman itu yang dihantar Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ke Jabatan Kimia, ia didapati mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol, sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman dibenarkan syariat Islam tidak melebihi 0.01 peratus.
Othman turut menasihatkan peniaga supaya lebih bertanggungjawab dan mengasingkan penjualan minuman berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna Islam.
“Peniaga dinasihatkan tidak mencampurkan minuman berkenaan dengan minuman halal yang lain. Ia bagi memastikan pengguna Islam mengetahui minuman itu haram.
“Pengguna Islam juga dinasihatkan jangan membeli minuman berkenaan kerana sudah dijelaskan ia mengandungi kandungan alkohol melebihi kadar ditetapkan,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Program Jiwa Murni dan Berkhatan Beramai-Ramai Parlimen Sungai Siput, di Kampung Bawong, dekat Ipoh, semalam.
Othman berkata, Jakim tiada kuasa untuk menghalang pengguna Islam daripada membeli minuman itu, sebaliknya hanya boleh menasihatkan mereka supaya tidak meminumnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Md Yusop Mansor berkata, pihaknya bersedia menjalankan operasi bagi membantu Jakim seperti mengawal kemasukan produk ke Malaysia, di samping mengambil kira cukai dan lesen import minuman itu. Namun katanya, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai bir halal itu.
“Bab halal dan haram minuman berkenaan di bawah kuasa Jakim, tetapi sekiranya ada permintaan daripada agensi itu, kami bersedia melakukan operasi. Produk ini perlu diberi perhatian kerana ia berkaitan dengan alkohol,” katanya, ketika dihubungi, semalam.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Pernahtolakpermohonan/Article/

"Barbican Mempunyai Sijil Halal Swasta IFRC"
‘Kami kerugian’
KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.
Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.
Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.
“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.
“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.
Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.
“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.
Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.
“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.
“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.
Sumber:Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

Monday, May 30, 2011
Lagi Isu Bir Halal?
"Bir Halal"
‘Bir halal’ jadi haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Subscribe to:
Posts (Atom)