Isnin, 20 Oktober 2008

"Sawadikap"...





First sekali terima kasih diatas komen pembaca yang telah melayari laman blog saya.

Hari ini saya rasa nak kongsikan pengalaman saya semasa menjalani kursus di sebuah kilang makanan yang membuat produk berasaskan daging.

Kilang tempat saya menjalani kursus ini menghasilkan produk seperti sosej, bacon, bologna bukan "blog", kek ayam (nama siamnya "Gai Jor"), bebola daging, dan banyak lagi.

Saya ditempatkan dikilang ini selama 1 bulan, wuyo...lame tu diperantauan..

Apa yang saya nak ceritakan adalah ini adalah pertama sekali saya melihat daging khinzir secara live!.

Apa taknya bila first saya melihat satu line yang membuat produk sosej, bagi saya biasa sahaja..

tak jauh daripada mesen membuat sosej saya nampak tedapat beberapa orang pekerja wanita sedang membuat sesuatu seperti memotong daging, saya dengan penuh muskil melihat sendiri..

Ha...ape telinga warna merah jambu ni? Besarnya dua tapak tangan orang dewasa.

Saya bertanyakan kepada wanita tersebut (Dalam bahasa inggeris la, bukan siam), dengan selambanya dia

menerangkan ia adalah bahagian telinga dan hidung khinzir sebagai ramuan untuk dimasukkan kedalam sosej..

Oh tidak....rupanya semua bahan untuk membuat produk tersebut berasaskan khinzir, nak buat macamana kena belajar juga...so setiap kali masuk production line saya kena samak tangan dan kaki saya...sebab air basuhan bepercikan disana-sini.

Hampir sebulan saya menjalani kursus dengan penuh" adventure" .

Saya pelajari bahawa penduduk bukan islam Thailand cukup mengemari produk hasilan khinzir ini.

Dari segi sains dan teknologi rupa-rupanya lemak khinzir jika digunakan untuk membuat prosuk sosej atau bebola daging khinzir, memang berkualiti, dari segi teksturnya cukup halus dan putih berbanding jika kita menggunakan lemak ayam sebagai ramuan.

Dengan lemak khinzir hasilan sosej lebih stabil, cantik dan menghasilkan produk yang menarik...

So jika ke Thailand kena berhati-hati jika ingin memakan produk daging mereka..pastikan ada logo halal negara mereka..

Ha..jangan lepas ni tak nak makan nasi pula..

6 ulasan:

eiLda epaL berkata...

hai en.DiN...

taK tahu nak buaT apa sekrG nie...
naK meraJuk poN ada...
aDa bLog tak cakaP pon...huhuhu...
dpT tahu pon dari bebdk Lain...

well, gud luCk...
all the best for the blog...
keeP updating the bLog for good & usefuL inFo...

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Huhu...sory..kita low profil..
just anyway thanks for supporting me..

-iDa berkata...

eeeee..eiLda merajuk hhehehe..
Hi en din!
bile d siam nie?kursus under ape?lame tu sbulan..nie under HDC @ KKM?mcm ne mkn kt sne, kna x dgn selera owg melayu n islam?
mulai bile lg g sna?

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Ida, masa saya di kerja company Thailand tahun 2000 dulu..
Makan susah sikit coz muslim kurang, so masak sendiri pakai rice cooker..Ayam pun sembelihanya macam cucuk je..tapi pengalaman yang hebat.

Unknown berkata...

Memang betul, Thailand walaupun hanya bersempadan dengan Malaysia tapi kalau ke sana hati-hatilah. Walaupun ditanya samada makanan itu halal atau tidak, jawapnya HALAL. Tapi perlu perhatikan sekeliling tempat makan. At times same serving area ada pork dan daging lain. Paling senang tanya aje.. "Do u serve prok?" kalau dia angguk baik cari tempat lain. Sebulan lama tu, kita pergi 3 hari dah rasa macam tak cukup makan. he..he..

la_abwa berkata...

Salam,

pertam sekali tahniah tas pembikinan blog ini. Saya merayau2 cari maklumat ttg collgen yg sekarang tengah meleTOP digunakan sebagai agen penggebu kulit. Nampaknya ramai wanita yg ketagih collagen sebab awet muda dan disayangi oleh ornag tersayang khabarnya..:)

boleh ker sdr tulis ttg collagen pula. Saya minta izin link blog sdr ke blog resipi say yer... kalu ada bantahan hrp bgtau.

http://la-abwa.blogspot.com