Jumaat, 31 Oktober 2008

Vitamin E





Satu siri vitamin yang larut lemak dan dinamakan tokoferol.


Berfungsi sebagai antioksidan dan juga dikatakan dapat mengelak dari hemolisis sel darah merah.

Didalam industri makanan ia digunakan sebagai anti pengoksida.

Vitamin E boleh bersumberkan haiwan atau tumbuhan.

Jika dari tumbuhan ia boleh diperolehi daripada:

  • Almond                  
  • Asparagus
  • Avocado
  • Kekacang
  • Buah Zaitun
  • Minyak Kelapa Sawit Merah ( Contohnya "Caratino")
  • Bayam dan sayuran berdaun hijau
  • Minyak sayuran - Jagung, kanola, kacang soya, biji kapas
  • Germa gandum
Jika daripada sumber haiwan :

  • Telur
  • Susu
  • Hati
So apa isunya disini?

Jika diperolehi daripada haiwan, hendaklah dipastikan haiwan itu halal atau tidak, disembelih atau tidak?

Dipasaran sekarang banyak vitamin E digunakan sebagai makanan kesihatan, kebanyakanya diisi didalam "soft gel" (sejenis gelatin), perlu dipastikan "soft gel" ini berasal dari haiwan halal atau tidak?
Kadang-kadang ada ditulis pada kotak pembungkus, sumber gelatin ini dari "Bovine" (bermaksud haiwan lembu,kerbau) tapi sembelih atau tidak?

Jika vitamin E ini digunakan didalam ramuan makanan kita hendaklah memastikan sama ada ia menggunakan "carrier gelatin" (Vitamin E ini akan dibalut/coated dengan gelatin bovine/porcine (sumber khinzir) jika didalam bentuk serbuk).

Kesimpulanya sebagai pengguna atau pengusaha haruslah memastikan sumber asalnya dan bahan pembawa vitamin ini.



Khamis, 30 Oktober 2008

Sorbitol

Sejenis gula alkohol dihasilkan semasa penurunan gula glukosa (glucose) atau fruktosa (fructose). "Alkohol disini bukan bermaksud alkohol arak, nama diberikan kerana cara penghasilanya."

Sorbitol juga boleh dihasilkan daripada gula jagung, glukosa, dan dektrosa (dextrose).

Berwarna putih, manis,boleh dijumpai pada pelbagai jenis buah berries,buuah-buahan dan rumpai laut atau dihasilkan secara sintetik

Ia digunakan sebagai agen perasa, pengganti gula untuk pengidap diabetis, dan sebagai pelembab didalam produk kosmetik dan pelbagai produk lain.

Selain digunakan sebagai pemanis tiruan ia juga digunakan sebagai pemekat, dan penstabil didalam produk gula-gula (candies), gula getah dan lain-lain.

Sorbitol juga digunakan sebagai pemanis dan agen pengering, mengekalkan kelembapan dan kesegaran didalam produk jelly, kelapa parut, toppings, fondants, baked goods dan lain-lain.

Digunakan sebagai untuk mengurangkan rasa pemanis tiruan didalam minuman dan makanan dietetic.

Walaubagaimanapun jika digunakan berlebihan boleh menyebabkan diarrhoea dan gastrointestinal distress.

Jadi jika ingin menggunakanya didalam makanan hendaklah mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 rujuk pada peraturan 134.

Halal ke tak?

Halal...boleh digunakan dengan syarat ia mematuhi Peraturan -  Peraturan makanan.




Selasa, 28 Oktober 2008

"Cik Tee"

Kalau orang kata ape ada pada nama? Bagi saya banyak maknanya...

Nama diatas bukan nama Dato' Siti Nurhaliza...tapi Si Tikus..

Kisah ni terjadi pada minggu lepas semasa saya nak keluar lunch di sebuah restoran..masa tu lepas audit..

Perut punya lapar kami singgah ke sebuah restoran berhampiran dengan premis yang kami audit..

Wah banyaknya pilihan lauk..ayam rendang, budu, jering,"jenkol",gulai kawah dan macam-macam lagilah..

Saya ni kalau makan kat restoran kalau tak siasat dapur dulu tak boleh, buat-buat macam nak pegi toilet..

Mak oii!!!...bau hancing tikus..peh! nampak pula najis tikus bersepah dari kawasan dapur hingga ke tempat hidangan lauk-pauk..

                                                  

Eee... patah selera dibuatnya...

So kami terus cari restoren lain yang lebih bersih..

Pasal tikus ni teringat saya pada cerita animasi "Ratatouille" yang mengisahkan seekor tikus yang bercita-cita menjadi tukang masak terkenal..



Ha-ha...tikus nak jadi tukang masak? Mana taknya seluruh dapur penuh dengan tikus bekerjasama memasak makanan...

                                                             

Apa nak saya kongsikan pada post kali ni bahawa tikus boleh membawa banyak penyakit melalui bulu, najis dan air kencing.

Antara penyakit dibawa oleh makhluk perosak ini antaranya hawar tikus dan Leptosperosis.

Dalam kita hendak memastikan sesuatu makanan atau produk itu "Halalan Thoyyiba"  bukan hanya dari segi ramuan malah kebersihan dan keselamatan makanan tersebut menjadi pokok utama..

Tiada gunanya makan makanan yang lazat tetapi akhirnya membawa padah kepada kita..

So tip saya pada kali ini jika ingin makan direstoran atau hotel pastikan kebersihan premis itu dititik berat dahulu, bukan hanya menu yang lazat menjadi kreteria yang utama..






Ratatouille Teaser

Rabu, 22 Oktober 2008

Keju Sebagai Bahan Makanan

Terima kasih kepada ida sebagai pembaca setia blog saya ni. Ida minta saya menerangkan hasil keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengenai isu renin/renet.



Ikuti keputusan tersebut dibawah:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa : Kali ke-26

Tarikh: 7-8 Mac, 1990

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

  • Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".
  • Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.
  • Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.
  • Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.
(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

  • Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.
  • Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab"  " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.
  • Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus.  Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.
  • Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab"  " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"
  • Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.



Sumber : JAKIM

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara islam. Wassalam...

Selasa, 21 Oktober 2008

Skim Milk

Ada seorang pembaca ingin bertanyakan kepada saya adakah benar skim milk diperbuat daripada whey powder? Jadi saya ingin kongsikan bagaimanakah pembuatan skim milk (susu skim).



Susu skim adalah satu produk tenusu  mempunyai peratus lemak yang sangat sedikit.

Jadi jika pengguna yang sangat menitik beratkan berat diet mereka, susu skim adalah jawapanya berbanding susu penuh krim, walaupunada yang menyatakan rasanya k
urang sedap.

Secara tradisionalnya susu dibiarkan untuk seketika selepas diperah dari lembu, ini akan menyebabkan bahagian lemak susu akan terapung diatas (ala.. macam santan kelapa).

Bahagian lemak ini akan diambil untuk dibuat butter dan produk krim dan susu yang tinggal itu akan dibuat product misalnya cheese.

Dalam teknik yang moden mereka menggunakan mesen pengempar susu bagi memisahkan lemak (krim) dengan susu kurang lemak (skim milk).


Selepas susu skim ini dihasilkan ia akan melalui proses pengeringan dengan kaedah "spray dried"/ pengeringan sembur seterusnya produk menjadi serbuk susu.

Jadi persoalan ia dihasilkan dari whey tidak tepat sama sekali.

Sila rujuk dengan gambarajah carta pemprosesan susu seperti dibawah.
Penghasilan whey dengan susu skim berbeza..



Wassalam...




Isnin, 20 Oktober 2008

"Sawadikap"...





First sekali terima kasih diatas komen pembaca yang telah melayari laman blog saya.

Hari ini saya rasa nak kongsikan pengalaman saya semasa menjalani kursus di sebuah kilang makanan yang membuat produk berasaskan daging.

Kilang tempat saya menjalani kursus ini menghasilkan produk seperti sosej, bacon, bologna bukan "blog", kek ayam (nama siamnya "Gai Jor"), bebola daging, dan banyak lagi.

Saya ditempatkan dikilang ini selama 1 bulan, wuyo...lame tu diperantauan..

Apa yang saya nak ceritakan adalah ini adalah pertama sekali saya melihat daging khinzir secara live!.

Apa taknya bila first saya melihat satu line yang membuat produk sosej, bagi saya biasa sahaja..

tak jauh daripada mesen membuat sosej saya nampak tedapat beberapa orang pekerja wanita sedang membuat sesuatu seperti memotong daging, saya dengan penuh muskil melihat sendiri..

Ha...ape telinga warna merah jambu ni? Besarnya dua tapak tangan orang dewasa.

Saya bertanyakan kepada wanita tersebut (Dalam bahasa inggeris la, bukan siam), dengan selambanya dia

menerangkan ia adalah bahagian telinga dan hidung khinzir sebagai ramuan untuk dimasukkan kedalam sosej..

Oh tidak....rupanya semua bahan untuk membuat produk tersebut berasaskan khinzir, nak buat macamana kena belajar juga...so setiap kali masuk production line saya kena samak tangan dan kaki saya...sebab air basuhan bepercikan disana-sini.

Hampir sebulan saya menjalani kursus dengan penuh" adventure" .

Saya pelajari bahawa penduduk bukan islam Thailand cukup mengemari produk hasilan khinzir ini.

Dari segi sains dan teknologi rupa-rupanya lemak khinzir jika digunakan untuk membuat prosuk sosej atau bebola daging khinzir, memang berkualiti, dari segi teksturnya cukup halus dan putih berbanding jika kita menggunakan lemak ayam sebagai ramuan.

Dengan lemak khinzir hasilan sosej lebih stabil, cantik dan menghasilkan produk yang menarik...

So jika ke Thailand kena berhati-hati jika ingin memakan produk daging mereka..pastikan ada logo halal negara mereka..

Ha..jangan lepas ni tak nak makan nasi pula..

Ahad, 19 Oktober 2008

Fungsi Gelatin Dalam Makanan Seharian

Pada post yang lalu saya dah ceritakan serba sedikit mengenai Gelatin.

Kali ini saya akan berkongsi lebih lanjut mengenai fungsi dan jenis makanan yang berkemungkinan mengandungi bahan gelatin ini.



Kerap kali saya mendapat penggilan telefon daripada pengguna mengenai makanan yang anak mereka beli disekolah contohnya Chewing Gum, gula-gula jelly, gummy, "Gula-gula hantu", tofee, dan lain-lain lagi yang kenyal.

Untuk pengetahuan kita, kemungkinan produk ini mengandungi gelatin kerana ciri-ciri fizikalnya yang kenyal. Tak silap saya kalau pegi jamuan raya pernah tak kita dijamukan gula-gula kenyal seperti jeli yang berwarna-warni.

Awas kemungkinan ia mengandungi gelatin!!

Terdapat juga ramuan untuk membuat ais krim menggunakan gelatin sebagai bahan penstabil.

Ia berfungsi untuk mengelakkan pembentukan kristal ais. Jika ini berlaku ais krim tadi akan menjadi kasar.

Pernah makan ais krim "Malaysia"? Ha..yang kita buat dirumah masa kecil dahulu...

Contohnya air sirap yang tak habis dimasukkan kedalam plastik ais krim dan bekukan, tapi rasanya tidak sama seperti ais krim yang dibeli dipasaran.

Gelatin juga akan mengelakkan ais krim cepat cair dan pada masa yang sama akan memberikan tekstur yang licin (tak macam kasar/berpasir).

Gelatin juga berfungsi sebagai Emulsifier (rujuk post saya yang lepas berkaitan dengan emulsifier).

Sebagai agen pemekat

Sebagai gelling agen kerana mudah dilarutkan dalam air panas dan mudah disejukkan seterusnya menjadi gel.

Hasilnya jelly yang lembut dan senang cair didalam mulut tanpa perlu susah-susah mengunyahnya..

So pernah makan gula-gula penghilang sakit kerongkong yang tertulis perkataan "jujubes"?


Ia juga mengandungi gelatin untuk menghasilkan tekstur kenyal.

Antara makanan harian yang berkemungkinan mengandungi gelatin ini seperti:

  • Gula-gula getah
  • Gula-gula Toffee
  • Jelly
  • Dessert segera (Hanya cairkan guna air panas)
  • Yoghurt (Sekarang dah banyak gunakan Kanji terubahsuai berasal dari tumbuhan)
Mulai sekarang pesan kepada kawan-kawan dan anak-anak kita supaya lebih berhati-hati jika ingin membeli makanan sedemikian. Pastikan baca label dahulu sebelum membelinya.



Sabtu, 18 Oktober 2008

Renin/Renet




Ha...pernah makan chesee cake? Pizza yang atas dia ada chesee? Makan chesee burger? atau makan sandwich yang dalam dia ada sekeping benda warna putih kekuningan.


Tahukah kita apa sebab bila nak beli makanan seperti ini perlu pastikan ada logo halal / sijil halal yang diiktiraf..



Sebab untuk menghasilkan chesee kita perlukan sejenis enzim yang diberikan nama Rennet/renin.
Jika kita baca label pada paket chesee ada perkataan tu..

Chesee tak dibuat dinegara kita, semua dibuat diluar negara seperti New Zealand, Australia, USA dll.

So ape dia Renet ni?

Ia adalah enzim yang diperkenalkan sebagai zymogen (bahan pendahulu) dalam sel-sel daripada turbul gastrik perut bintang-binatang kecil.

Kenapa binatang kecil ye???

Cuba kita fikir binatang kecil semuanya menyusu daripada ibunya..Jadi penting perlu ada enzim ini untuk memudahkan pencernaan makananya.

Daripada anak lembu renet didapati dalam lapisan kelenjar dibahagian perut.

Renet digunakan dalam industri makanan untuk penyediaan membuat keju iaitu bagi memekatkan susu.

Renet dijual untuk membuat dadih atau kastard renet.

Dalam teknologi terkini renet (renilase) gantian dikeluarkan daripada tumbuh-tumbuhan atai mikrob.

Jadi kita hendaklah memastikan renet jenis apa yang digunakan untuk menghasilkan keju..

Oleh itu sebelum membeli keju pastikan renet jenis apa yang tertera di label pembungkusanya.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Lard



Terma yang digunakan untuk menerangkan lemak babi yang telah ditulenkan atau lemak babi yang dijumpai pada abdomal babi.


Lard digunakan sebagai lemak masakan dan shortening di dalam makanan bergoreng dan berpanggang.

Apabila ditulis pada label sebagai lard atau shortening sahaja.


Khamis, 16 Oktober 2008

SOAL JAWAB BERKAITAN ISU MELAMINE

Disebabkan permintaan http://nasiour.blogspot.com mengenai isu ini, saya  akan membincangkanya pada tulisan kali ini.

1. Apakah Melamine?

Jawapan:

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaanya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain.
Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan.


2. Mengapa Melamine dikesan di dalam susu dan hasilan susu?


Jawapan:

Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu.
Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


3. Apakah kesan Melamine kepada manusia?

Kesan Melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu bersentuhan dengan kulit atau mata.

Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan:

  • Kerosakan pada sistem pembiakan

  • Pembetukan batu krang  dalam ginjal dan pundi kencing. ini boleh mengakibatkan ginjal terutamanya kepada bayi.
4. Apakah kesan pengambilan melamine secara berlebihan ke atas manusia?

Jawapan:

While there are no direct human studies on the effect of melamine data from animal studies can be used to predic adverse health effect.Melamine alone can causes bladder stones in animal tests.When combined with cyanuric acid, which may also present in melamine powder, melamine can form crystals that can give rise to kidney stones. (source:WHO)

Melamin dalam makananakan menjadi lebih bahaya jika bercampur dengan cyanuric acid iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat secara semulajadi dalam makanan.


5. Adakah susu tepung formula bayi, dan susu dari negara China dibawa masuk ke Malaysia?

Jawapan:


Malaysia tidak mengimport sebarang susu tepung formula bayi dan susu dari Negara China.

 6. Adakah selamat menggunakan pinggan mangkuk melamine?

Jawapan:

Melamine ware seperti pinggan mangkuk, jug, cawan dan gelas banyak digunakan dalam penyediaan makanan di rumah, restoran dan kedai-kedai makan.

Melamine ware diperbuat daripada melamine, urea, bahan organik dan formaldehid.
Melamine merupakan tahan haba dan sangat stabil.

Melamine ware mampu tahan haba yang lebih tinggi berbanding barangan plastik lain.

Terdapat beberapa kajian mengenai melamine yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa.

Keputusan menunjukkan migrasi melamin dari melamine ware pada paras yang rendah.

European Union (EU) telah menetapkan Specific Migration Limit  (SML) bagi melamin adalah 30 kg/mg (ppm).

Kadar migrasi melamine meningkat pada suhu tinggi, keadaan berasid dan penggunaan melamine ware yang berulang kali.

Sehubungan itu pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakan melamine ware pada suhu yang eksterm seperti di dalam oven dan ketuhar gelombang.



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Bahan Antioksida

Ia adalah sebatian kimia yang digunakan untuk menjaga komponen tertentu pada makanan daripada menjadi rosak atau hilang semasa melalui proses pengoksidaan.

Sebatian-sebatian asli yang perlu dijaga daripada pengoksidaan, terutamanya seperti minyak-minyak (asid lemak politaktepu), vitamin E dan C.

Antara bahan antioksida yang biasa digunakan dalam industri makanan ialah
alfa-tokoferol, asid askorbik, propil galat, butylated hydroxyanisole (BHA), butylated hydroxytoluene (BHT) dan lesitin.

Sebahagian daripada antioksida ini larut air dan ada yang larut lemak.

Jadi penggunaanya bergantung pada jenis makanan yang hendak diawet.

Bahan-bahan ini jika kita perasan ia ada terdapat pada label produk makanan yang mudah menjadi tengik contohnya minyak masak, makanan bergoreng, margerine, peanut butter dan lain-lain lagi.

Perkara yang paling penting disini kita hendaklah memastikan "carrier" untuk bahan antioksida ini.

Kerana "carrier"/bahan pembawa mungkin menggunakan gelatin yang dikuatiri kehalalnya.

Jadi sebagai pemeriksa kita haruslah melihat produk informasi bahan ramuan ini dahulu.

Sebagai pengguna pastikan ada logo halal Malaysia, kerana perkara ini telah buat penelitian.




Marshmallow






Ringan, seperti span, konfeksi yang sangat manis pada mulanya diperbuat d
aripada ekstrak akar marshmallow yang dimaniskan.

kini ia secara kormersial telah diperbuat daripada sirap jagung, gelatin, gam arab, gula dan perasa.

Oleh itu kita hendaklah memastikan gelatin yang halal atau tidak digunakan untuk penbuatan produk ini.

Karbohidrat






Karbohidrat
adalah gabungan utama karbon, hidrogen dan atom oksigen.


Ia juga dikenali sebagai gula dan kanji.

Glukos adalah gula ringkas disimpan sebagai kanji.

Contoh makanan tinggi karbohidrat ialah roti, nasi, dan lain-lain.

Dari segi halal ia tiada masalah kerana berasal daripada tumbuhan.


Rabu, 15 Oktober 2008

Kolagen




Kolagen
adalah protin albuminoid tak larut air.


Kolagen didapati didalam tisu-tisu penghubung, tulang, tendon dan kulit binatang.

Bahan ini adalah perintang kepada penghadaman enzim-enzim binatang tetapi boleh terhidrolisis kepada pelarut gelatin dengan air, asid cair atau alkali.

Kolagen memberikan satu pertiga daripada keperluan protin dalam tubuh badan dan memiliki mutu yang istimewa.

Kolagen mempunyai kekuatan tegangan seperti kawat besi ringan, liat seperti kulit, keras sperti gam dan kental seperti gelatin.

Walaupun sumber utama penghasilan kolagen ini bersumberkan haiwan (halal @ khinzir), ia juga boleh diperbuat daripada ikan.

Oleh itu sebelum kita menggunakanya hendaklah dipastikan dahulu apakah sumbernya....

Inositol

Inositol adalah salah satu daripada kumpulan vitamin B kompleks.

Sumber aslinya ialah daripada otot-otot, hati, buah pinggang, otak dan tisu binatang lain.

Inositol juga wujud dalam tumbuh-tumbuhan dan bergabung dengan asid fosforit sebagai asid fitik.

Jika inositol termasuk  sebagai salah satu ramuan makanan pada label, maka kita hendaklah memastikan terlebih dahulu akan sumbernya.

Untuk lebih selamat cari yang ada logo halal Malaysia.

"Bacon"

Bacon adalah dagaing babi daripada satu bahagaian yang dikeluarkan daripada tulang-tulang rusuk dan kemudianya diawet kering atau dijeruk dalam air garam dan diasapkan.



Jadi hukum memakan bacon adalah haram.

Bacon tetap haram jika dimasukkan ke dalam mana-mana jenis makanan.

Oleh itu jika anda makan dihotel 5 bintang atau di luar negara haruslah menjauhi produk ini jika tidak mengetahui sumbernya.

"E-Code"

Hampir setiap hari saya mendapat email daripada pengguna mengenai E-code yang terdapat didalam produk makanan yang kita makan seharian samada ia halal atau tidak?

Ada yang menyatakan Kod-E ini adalah bahan daripada khinzir.

Sebelum lebih jauh biar saya menerangkan apa sebenarnya E-kod ini.

E bermaksud EC (European Communities) dan E-numbers adalah mewakili pelbagai jenis bahan tambahan makanan yang melalui beberapa tapisan keselamatan makanan sebelum ia dibenarkan digunakan didalam penghasilan makanan di Eropah untuk memudahkan perdagangan.

Senarai Kod-E dibahagikan kepada beberapa kategory:

E100-199 Pewarna.
E200-299 Pengawet
E300-399 Antioksidan/fosfat/Oksidan.
E400-499 Pemekat/Pelembap/Anti-caking/Penstabil/Emulsifier.
E500-599 Garam/lain-laincampuran.
E600-699 Penambah Perisa.
E 900-999 Agen Pengilat/Pemanis/Bahan yang digunakan untuk merawat tepung.
E1000-1399 Pelbagai bahan tambah makanan.
E1400-1499 Kanji Tiruan.

Setiap bahan tambah mempunyai peranan yang tersendiri didalam makanan.

Artikel akan datang saya akan terangkan fungsi bahan tambah ini didalam makanan dan apakah bahan tambah yang berkemungkinan bersumberkan haiwan.

Whey

Whey adalah serum  susu atau cecair yang tertinggal sesudah tairu dan krim dikeluarkan dari koagulasi (penggumpalan) kasein dalam susu.

Koagulasi berlaku sewaktu penyediaan keju atau tairu.

Whey mengandungi banyak gula laktosa daripada susu asli tetapi bahan ini mengandungi sedikit protein dan terlalu sedikit lemak.

Curdling (pengentalan) bagi susu dalam penyediaan keju berlaku dengan menggunakan enzim renin (renet). Maka itu pengeluaran whey perlu diragui kerana sumber bagi renin mungkin daripada binatang. Biasanya lembu tapi adakah ia disembelih atau tidak?

Pengguna disarankan supaya bertanya kepada pengusaha makanan berkenaan di tempatnya tentang sumber renin apabila didapati whey

Kebanyakan whey yang ada dipasaran Malaysia adalah diimport sepenuhnya.

Ataupun yang paling baik mencari yang telah mendapat logo halal Malaysia.
telah dimasukkan sebagai sebahgaian daripada ramuan makanan.

Talo (Tallow)

Talo (tallow) menandakan lemak daripada tisu lemak hanya daripada binatang lembu dan biri-biri.

Talo mungkin ditawarkan dipasaran secara berasingan sebagai talo lembu talo biri-biri.

Apabila seseorang pengguna menemui perkataan tallow sebagai ramuan, ia tidak perlu bimbang kerana talo itu bersumberkan daripada binatang lembu atau biri-biri sahaja, seseorang itu hanya perlu memastikannya
atau zabihah.

Talo juga ada digunakan didalam produk pelembab untuk barangan gunaan kosmetik.

Selasa, 14 Oktober 2008

Gelatin


Gelatin adalah protin tulin yang diperolehi daripada hidrolisis kulit atau tulang haiwan.

Gelatin dikategorikan sebagai aditif makanan dan menggunakan E-number E441.

Terdapat 2 jenis gelatin iaitu type A dan Type B

Type A :
Diproses menggunakan asid dan biasanya sumber kulit babi

Type B:

Diproses menggunakan alkali atau air kapur dan biasanya sumber dari tulang atau kulit haiwan bovine seperti lembu, kerbau dan kambing.

Post yang akan datang saya akan ceritakan kelebihan gelatin dan apakah kegunaanya.

Agar-Agar

Ia adalah sejenis rumpai laut yang telah dikeringkan untuk digunakan sebagai pemekat makanan.

Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gelatin.

Ia selalu digunakan didalam industri untuk menghasilkan ais krim dan ia bertindak sebagai pemekat.

Didalam perubatan agar dikategorikan sebagai bahan pelawas yang ringan.

Agar dikategorikan sebagai "halal" kerana diperbuat daripada rumpai laut.

E-kod Yang Mungkin Bersumberkan Haiwan

Pada penulisan saya kali ini saya ingin berkongsi dengan kod-E yang perlu kita ketahui status halalnya.
Ini tidak bermaksud produk ini mesti mengandungi babi tetapi juga haiwan lain yang kita perlu ketahui statusnya, samada halal atau tidak?
Kerana emulsifier boleh diperbuat daripada tumbuhan atau haiwan...
Jika haiwan halal, adakah ianya disembelih mengikut hukum syara'?

Antara kod -E yang kritikal adalah yang bermula dari kod E470 hingga kod E495.
Ia adalah sejenis emulsifier. Emulsifier / agen pengemulsi adalah banyak berfungsi untuk produk yang berkaitan dengan produk yang memerlukan percampuran minyak dan air contohnya margerin, susu, kek, cream, dan lain-lain lagi yang akan ceritakan kemudian.

Untuk pengetahuan anda semua jika ada produk yang menggunakan kod ini dan telah mendapat sijil halal JAKIM/negeri mereka telah memastikan emulsifier yang digunakan adalah daripada sumber yang halal samaada tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh Kilang tempatan dan yang telah mendapat sijil halal mereka menggunakan emulsifier daripada tumbuhan yang menggunakan minyak sawit sebagai bahan asas pembuatan emulsifier tersebut.

Oleh itu tidak menimbulkan sebarang masalah...So kita cari la yang ada logo halal Malaysia ye...
Jadi tak perlulah kita sebarkan email-email layang yang berkaitan E-kod ini, kerana kebanyakanya tidak jelas kesahihanya...

Jadi saya akan sambung lagi penulisan saya pada masa akan datang...

Wassalam..