Jumaat, 6 Mei 2011

"Beer Halal, 0.0 % Minuman Tanpa Alkohol"

Beer Halal?

Kini sudah menjadi ikutan atau trend semasa meminum minuman Beer Halal. Jika anda pernah mengunjungi restoran-restoran yang menyajikan makanan dari Timur Tengah pasti anda temui menu minuman seperti ini. Malah kini ia boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai runcit.

Jika kita perhatikan minuman ini diperbuat daripada Malt serta ditambah perisa seperti ceri, lemon, anggur dan pelbagai perisa lain. Rekabentuk dan ilustrasi masih mengekalkan ciri-ciri seperti botol minuman Beer.

Penulis ada membuat sedikit pembacaan berkaitan dengan isu ini sama ada ia bertetangan dengan isu makanan dan minuman halal?



Jika merujuk kepada Standard makanan dari luar negara, Beer Tanpa Alkohol adalah minuman yang mengandungi kurang dari 2% alkohol. Ia juga kerap kali dirujuk sebagai "Low Alcoholic Beer" dan "Dealcoholic Beer" 
 



Dalam proses pembuatan beer tanpa alkohol ini, terdapat 2 langkah untuk membuang etanol/alkohol dari minuman beralkohol"

1) Menggunakan kaedah penyulingan mengikut suhu

2) Menggunakan kaedah penyulingan bervakum (Vacuum Distillation)

"Kebanyakan pengguna hanya melihat isu ini lebih kepada alkohol yang sedikit iaitu isu kemabukkan, tetapi lupa sebenarnya isu sebenarnya jika alkohol terhasil itu adalah arak maka ia adalah najis"

Pada pameran Halal MIHAS 2010 yang lepas, penulis telah mengunjugi sebuah booth pameran yang mempromosi minuman Malt tanpa alkohol dan mempunyai pelbagai perisa. Menurut Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Syarikat ini, produk minuman mereka telah menjadi trend di Arab Saudi dan UAE serta banyak negara-negara lain. Beliau juga mendakwa produk ini telah menjalani proses fermentasi atau pemeraman beer tetapi Malt dan Yis (Bakteria yang menukarkan kanji kepada gula) yang digunakan akan dikeluarkan sebelum alkohol/etanol dihasilkan daripada gula yang terurai.

Penulis mendapat keraguan terhadap peryataan beliau yang mengatakan proses pembuatan minuman ini seperti Beer? Jika berlaku proses pemeraman/fermentasi mesti ada penghasilan alkohol/etanol, jadi persoalanya apa yang telah berlaku kepada alkohol/etanol tersebut? Mustahil jika ada proses pemeraman/fermentasi tanpa penghasilan alkohol/etanol?

Ulasan Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam buku beliau Halal dan Haram dalam Islam


"Setiap yang memabukkan tetap khamar :- Pertama-tama yang diistiharkan oleh Nabi s.a.w dalam masalah Khamar itu, bahwa beliau tidak memandang kepada benda-benda yang daripadanya dibuat khamar. Tetapi dipandang kepada bekas dan pengaruh yang menyebabkan kemabukkan itu sendiri. Jadi apa saja yang ada padanya peranan memabukkan, maka dia itu dikira khamar (arak), biar apa pun disebut orang atau dinamakanya, dan biar dari bahan apa pun asalnya dibuat, semua itu tidak akan mempengaruhinya lagi. Maka dengan itu minuman Beer, dan apa saja yang menyerupainya dihukumkan haram."

Updated info from: http://www.westfalia-separator.com.sg/v2/applications/beverage-technology/beer-applications-overview/alcohol-free-beer.html#c14797

 Interrupted fermentation to manufacture non-alcholic beer
The production of alcohol-free and low-alcohol beer can be achieved
ideally using self-cleaning clarifiers with the assistance of interrupted
fermentation. As the beer does not have to pass through the entire
production process first to remove the alcohol, interrupting fermentation
reduces production times.

At the same time, efficient clarification of the yeast with the ability
to subject the process to thorough microbiological checks guarantees the
desired beer quality. The separated yeast goes for sale.

2 ulasan:

Unknown berkata...

bagaimana pula dengan sparkling wine ya saudara?

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Terima kasih atas soalan, Pendapat saya ia masih sama dengan konsep non-alcoholic beer.