Rabu, 18 Mei 2011

DNA babi: Jakim batal sijil halal syarikat bekal ramuan roti

PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.






Syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut dikesan membekalkan bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan restoran terkenal di negara ini.
Pembatalan itu dibuat hasil Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan 12 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan tepung telur dan tepung susu (whole egg powder dan whole milk powder) yang digunakan oleh syarikat itu.
Menurutnya, berikutan pertemuan itu semua pemegang dan pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran syarikat itu diminta mengambil beberapa tindakan dengan segera.
"Pemegang dan pemohon baru sijil halal Jakim perlu menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan 
samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut kenyataan itu.

2 ulasan:

GOH berkata...

Dunia ini sudah begitu asing, macam mana dna babi boleh dapat dalam telur ayam dan tepung susu? pelik betul...

Tanpa Nama berkata...

Dunia ni dah penuh dengan orang yang tidak jujur.....