Bulan Mei menyaksikan pelbagai peritiwa suka-duka di dalam dan luar negara. Dimulakan dengan perkahwinan DiRaja yang penuh gilang gemilang serta ditonton diseluruh dunia dengan penuh kegembiraan.
Dunia Islam juga dikejutkan dengan pembunuhan Osama di Pakistan, di Malaysia juga tidak kurangnya dengan isu-isu hangat politik tanah air.Apa yang penulis kagum adalah isu yang hangat diperkatakan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan agar semua kantin sekolah diseluruh negara menghentikan penjualan makanan terproses seperti sosej, burger,nugget dan lain-lain. Nasi lemak tidak ketinggalan dalam isu ini, kerana dikatakan ia menjadi punca kanak-kanak obesiti.
Benarkah menu nasi lemak adalah punca utama masalah obesiti dikalangan pelajar sekolah?
Kini nasi lemak bukan hanya pada menu sarapan pagi malah dijual dikedai-kedai makan 24 jam. Penulis tertarik dengan temuabual YAB Perdana Menteri mengenai pengalamanya membeli nasi lemak Tang Ling oleh pengacara radio Farah Fauzana di Hot FM.

"Saya kayuh basikal pergi beli nasi lemak itu. Waktu itu harganya 30 sen" - 7 Mei Berita Harian
Menu nasi lemak tidak asing lagi pada kita mahupun VIP. Isunya adalah pengawalan kadar pengambilan seharian dan aktiviti harian seperti senaman yang perlu dilakukan. Bukanya salahkan nasi lemak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan