Baru-baru ini, penulis telah ditemubual oleh wartawan dari Harian Metro iaitu Puan Kusyi Hirdan. Artikel ini dipaparkan di Harian Metro keluaran Jumaat 22 April 2011. Bagi yang tidak sempat membacanya, saya akan tulis antara solan yang telah diajukan kepada penulis.
- "Kesedaran dan kepekaan terhadap isu ini iaitu penggunaan barangan halal amat penting dan ia sudah digariskan dalam Islam.
Apakah tanggungjawab sebagai pengguna Islam?
-"Sebagai seorang pengguna Islam, kita perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri, tuntutan agama dan keluarga"
Bagaimanakah kita ingin menentukan jenis kulit yang terdapat pada barangan kulit yang kita ingin beli?
-"Walau secantik mana dan begitu minatnya pada sesuatu barangan itu, pastikan betul-betul tahu jenis kulit buatanya. Untuk pengesanan jenis kulit ia bukanya mudah sekadar menggunakan pandangan mata kasar. Hendaklah disahkan oleh Jabatan Kimia pun ada proses tertentu yang bukan mudah."
-"Bagi memuaskan hati, pastikan sendiri mengenai kulit itu sebelum membeli. Boleh bertanya kepada jurujual mengenai jenis kulti kerana mereka mesti tahu berdasarkan kod barangan pada rekod simpanan mereka."
Apakah hukum memakai beg atau kasut daripada kulit khinzir atau kulit lain yang haram tanpa mengetahuinya?
-"Mengambil langkah pencegahan atau berhati-hati semasa membeli atau memperoleh sesuatu barangan adalah tindakan yang terbaik. Namun, sekiranya barangan itu sudah dibeli dan digunakan tanpa disedari atai diketahui, keadaan ini dimaafkan.Tetapi sampai bila pengguna Muslim mahu berada dalam kejahilan dan terus diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."
-"Sekiranya kita jelas yang barangan itu memang daripada kulit yang haram maka jelaslah kita haram memakainya. Lagipun keadaan kita bukanya darurat sehingga terpaksa memakainya juga kerana begitu banyak pilihan lain."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan