Sabtu, 14 Mei 2011

Penemuan DNA BABI lagi dalam Produk!!!!!



Baru-baru ini negara digemparkan dengan penemuan DNA Babi didalam produk sebuah syarikat yang telah dipaparkan dilaman web JAKIM. Menyebabkan pengguna Muslim menjadi resah mengenai status halal produk yang mereka beli dipasaran. Tidak sampai sebulan, satu lagi kes penemuan DNA babi dalam produk telah didedahkan oleh JAKIM.  Apakah ini satu kebetulan?

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD



Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjayaberikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang ataupemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

  1. melakukan proses samak; dan

      4.    mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Sumber : Portal Rasmi Halal Malaysia-http://www.halal.gov.my http://www.incomattic.com/account/aff.php?aff=018

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak syarikat ambil mudah once diaorg dah dpt halal cert..The best approach..company must have effective Halal managment system..jgn sekadar melepaskan batu di tangga sahaja..on paper declare Halal Executive tp hakikatnya tak berfungsi sepenuhnya..

fakarudinft.blogspot.my berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Ya, saya setuju dengan pendapat anda.

BULAN berkata...

sedikit ulasan dari saya

http://nasiour.blogspot.com/

BULAN berkata...

sedikit ulasan dari saya :

http://nasiour.blogspot.com/