Selasa, 24 Mei 2011

Steroid Dalam Ubatan Tradisional

Pengguna harus berhati-hati jika membeli produk ubatan tradisional tanpa logo kelulusan daripada Biro Pharmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemungkinan bahan ramuan yang digunakan mengandungi Racun berjadual seperti steroid. Mana tidaknya baru makan sebiji pil dah terasa kesegaran dan kekuatanya. Terdapat laporan ia diletakkan didalam pil jamu ikan haruan. Ikan haruan terkenal dengan nilai perubatan untuk mereka yang baharu bersalin atau melakukan pembedahan.


Pil haruan ada steroid

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my


IPOH: Bahaya menanti golongan ibu baru bersalin dan memakan pil jamu apabila Kementerian Kesihatan mengesan sejenis produk tradisional yang boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami kecacatan kekal.
Pil yang didakwa dihasilkan dari isi ikan haruan itu dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya jenis steroid yang sengaja dicampur ke dalam produk berkenaan tanpa disedari pengguna.

Difahamkan kandungan kimia pada pil berkenaan boleh menyerap ke dalam susu ibu, sekali gus menyebabkan bayi yang meminum susu ibu diancam bahaya penyakit rapuh tulang.


Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mazlan Ismail berkata, produk pil ikan haruan berkenaan yang dikilangkan ‘syarikat hantu’ tidak pernah berdaftar dengan kementerian dan disifatkan amat berbahaya kepada pengguna terutama golongan wanita.

Menurutnya, pil ikan haruan terbabit yang dipercayai buatan pengilang tempatan mula disedari dijual kepada orang ramai sejak lebih setahun lalu melalui kedai pemborong atau menjual produk kesihatan tradisional.


“Berdasarkan siasatan, pengilang sengaja meletakkan nombor pendaftaran palsu pada luar kotak produk bagi memperdaya pengguna. Malah siasatan turut mendapati produk itu turut dilekat hologram palsu yang dikeluarkan kementerian.





“Hasil ujian makmal mendapati pil ikan haruan itu tidak mengandungi unsur ikan haruan di dalamnya, sebaliknya ada steroid pada kadar tinggi,” katanya selepas melakukan pemeriksaan di sekitar bandar raya ini.

Tiada ulasan: