Selasa, 31 Mei 2011

‘Cakno Halal Membawa Berkat’

Karnival halal berlangsung di Kota Bharu Kelantan, Perasmian karnival selama tiga hari itu yang bermula semalam disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.






Sijil halal jadi rebutan usahawan bukan Islam

KOTA BHARU 29 Mei – Industri halal di negara ini semakin memuncak apabila ramai usahawan bukan Islam turut ‘berebut-rebut’ mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, dorongan itu bukan setakat dipengaruhi oleh pengguna Islam yang ramai di negara ini, tetapi juga pasaran industri halal Malaysia sehingga mampu menjana ekonomi mencecah RM45 bilion setahun.


Selain itu, katanya, sijil halal yang dikeluarkan di Malaysia merupakan alat promosi terbaik kerana ia mendapat pengiktirafan paling tinggi di luar negara.
“Pasaran halal global sangat besar. Di seluruh dunia ia mencecah sehingga RM2 trilion setahun 
kerana disokong oleh populasi 1.5 bilion umat Islam.


“Di negara ini pula ia menjana ekonomi bernilai RM45 bilion, justeru peluang ini wajar diambil oleh semua pihak dalam apa jua industri sekali pun,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Karnival Halal Kelantan di sini, hari ini.
Perasmian karnival selama tiga hari itu yang bermula semalam disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jakim, Othman Musthapa dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.


Mashitah berkata, karnival tersebut yang bertemakan ‘Cakno Halal Membawa Berkat’ merupakan platform terbaik dalam menyampaikan informasi kepada pengguna mengenai kepentingan pensijilan halal untuk setiap barangan yang dibeli.
“Bukan sahaja di Malaysia tetapi penduduk dunia kini memerlukan sijil halal untuk setiap barang kerana ia adalah simbol kesucian dan kebersihan.
“Program seperti ini turut berguna kepada pengguna mendapatkan maklumat agar mereka tidak tertipu dengan logo halal palsu yang banyak digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.


http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan: