Rabu, 18 Mei 2011

Kopitiam Tak Ambil Peduli!!

"Masih banyak restoran kopitiam yang tumbuh bagai cendawan di seluruh negara masih berdegil enggan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah ada restoran kopitiam berkenaan disahkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari syarikat pengedar yang dikesan turut membekalkan produk berasaskan daging babi ke pasaran."

 

 IPOH: Masih banyak restoran kopitiam yang tumbuh bagai cendawan di seluruh negara masih berdegil enggan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah ada restoran kopitiam berkenaan disahkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari syarikat pengedar yang dikesan turut membekalkan produk berasaskan daging babi ke pasaran.
Tindakan ini menyebabkan ramai pelanggan di kalangan orang Islam menjadi mangsa dan teraniaya apabila tidak menyedari bahawa kopitiam terbabit ‘bersubahat’ dengan syarikat pembekal daging haram berkenaan. 

Perkara itu dikesan selepas Jakim melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kopitiam yang mendapat bekalan bahan mentah masakan dari ‘sebuah’ syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging. 

Hasil pemeriksaan dan ujian pada sampel diambil mendapati bahan makanan disajikan di kopitiam berkenaan mengandungi unsur Deoxyribonucleic Asid (DNA) babi.




Difahamkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang turut mengambil sampel bahan mentah dari kopitiam sama dan mengesahkan ia turut mengandungi unsur babi.










Tiada ulasan: