Sabtu, 9 Mei 2009

"Serunding Babi Terkini"




Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong
> negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke
> Indonesia .
>
> Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang
> dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia ,
> lapor Bernama.
>
> Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA
> ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di
> Jakarta , Jambi, Bogor , Semarang , Surabaya dan Bandung , mengesahkan
> kandungan daging babi
> dalam lima jenama.
>
>
"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak
> mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat
> bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu
> Husniah Rubiana dipetik berkata.
>
> Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
>
>
> (Embedded image moved to file: pic09741.gif)bullet buttonDendeng/abon sapi
> (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
>
> (Embedded image moved to file: pic27529.gif)bullet buttonAbon/dendeng sapi
> cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
>
> (Embedded image moved to file: pic00778.gif)bullet buttonAbon/dendeng sapi
> asli cap ACC
>
> (Embedded image moved to file: pic12316.gif)bullet buttonDendeng sapi
> istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
>
> (Embedded image
moved to file: pic03035.gif)bullet buttonDendeng sapi
> Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
>
> Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan
> tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI),
> manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain,
> menggunakan alamat tidak benar
> atau tidak tercatat pengeluarnya.
>
> Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang
> sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang
> warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih
> lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta .
>
> MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para
> pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah
> diuji didapati positif
daripada babi.


1 ulasan:

-iDa berkata...

iskh2...bahaya Tul, kLu la seRunding tu d'Gunakan u Wat pOpia...aBis la,keSian kt owg rMai y tatau psl nie kn