Khamis, 7 Mei 2009

"Halal World Forum"




Salam.


Baru tadi saya pulang dari hadir seminar World Halal Research Summit di KLCC convention centre.
Banyak ilmu baru dipelajari, seminar pada kali ini sangat menarik kerana pembentangnya terdiri daripada orang yang pakar mengenai kajian berkaitan produk halal.
Ramai yang datang, penuh juga..termasuk peserta dari luar negara seperti US, Filipina dan lain-lain.
Antara tajuk yang dibincangkan seperti perkembangan kajian untuk produk halal oleh Prof. Dr Yaakob Che Man (Ex-lecturer saya), perkembangan kajian kelapa sawit berkaitan halal (MPOB), kajian mengenai Gelatin oleh Dr dari USM dan esok lagi menarik ada kertas yang berkaitan perkembangan halal dan kosher dibentangkan oleh Prof. dari Universiti Corrnel US.
Jika ada masa dan kelapangan apakata kita singgah dan menuntut ilmu disana.'
Soalan-soalan yang dikemukakan  pun mencabar.
 Antara isu yang diketengahkan contohnya:

1) Deligasi daripada Filipina membincangkan isu GMF (Genetic Modified Food)/GMO (Genetic Modified Organism)

2) Isu tentang kaedah pengangkutan minyak sawit, bagaimana jika minyak yang dimasukkan kedalam kapal tangki dikuatiri menggunakan tangki minyak yang sama dengan minyak tidak halal?

3) Penggunaan gelatin yang tinggi berbanding dengan pengeluaran gelatin halal, apa altenatifnya?

4) Istilah "Istihalah"?

sekian.

P/S: Tahniah kepada Prof. Yaakob Che Man kerana mendapat anugerah "world Halal Research"!
 


2 ulasan:

abdullah abas berkata...

salam

free ke nak masuk forum ni?


(abdullah)

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Salam..
Bayar..tapi boleh masuk sebagai pemerhati kat bahagian belakang takpe....dia tak cek pun..