Dulu pada tahun 70an-80an ramai orang pelik untuk makan ayam goreng atau burger tanpa nasi.
Orang kata makan lauk sahaja.
Kini burger menjadi makanan kegemaran tidak mengira umur dan bangsa.
Boleh didapati dari gerai-gerai biasa hingga ke restoran makanan segera dan hotel.
Ramly, Mc Donald, Burger King dan banyak lagi jenama lain dipasaran.
Sebenarnya sejarah burger ini bermula dari zaman Genghis Khan (1167-1227).
Dimana pada masatu tentera Mongolia yang diketua Genghis Khan sentiasa berperang.
Mereka suka makan daging dan apabila tetapi atas sebab selalu berperang dan sukar untuk berhenti untuk memasak, tentera ini mengambil ketulan daging dan diletakkan pada bawah pelana kuda.
Jadi apabila lapar mereka akan mengeluarkan daging tersebut dan makan sambil menunggang kuda. Daging tadi telah menjadi hancur kerana pergerakan kuda tadi.
Pada 1238 bila cucu Genghis Khan menaklukki Moscow mereka telah membawa resipi makanan ini.
Orang Russia menamakanya sebagai "Steak Tartare".
Jadi ia telah terkenal ke seluruh Eropah termasuklah German.
Bermula di Pelabuhan "Hamburg" ia telah dikenali sehingga ke America dan sehingga kini dikenali sebagai Hamburger.
Jadi kalau mengikut sejarah "Hamburger" bukan bermaksud burger yang menggunakan "Ham".
Tapi kalau kita pergi melancong ke luar negara hendaklah memastikan dahulu daging apa yang digunakan untuk membuat " Hamburger" ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan