Ahad, 11 Januari 2009

BBQ




BBQ semua orang tahu apa dia.

Sejenis masakan daripada daging, ayam, ikan, sayur dan lain-lain.

Sesuai untuk adakan majlis ramah mesra sesama  keluarga dan kawan-kawan.

Malam tadi saya mengikuti rancangan AFC (Asian Food Channel), mengisahkan sejarah BBQ di Amerika.

Wow! banyak info yang saya dapat. 

Rupanya sejarah BBQ ini adalah sejenis masakan yang senang dimasak semasa perang saudara di Amerika pada satu masa dulu.

Daging yang biasa dimasak adalah daging "Babi".

Daging tadi dimasak dengan menggunakan bara api dari kayu sehingga masak, seterusnya dimakan bersama sos khas. Biasanya di Amerika mereka memakan dengan meletakkan hirisan daging BBQ pada dua keping roti, sama seperti kita membuat "sandwich".

Dalam rencana ini antara bahan ramuan yang digunakan untuk memerap daging tadi adalah lemak babi

Bahagian daging khinzir yang biasa digunakan adalah bahagian punggung dan rangka.

Tapi di Malaysia kita membuat BBQ menggunakan daging lembu, kambing dan ayam yang halal.

Ape kata anda? 

2 ulasan:

me berkata...

en.Din, BBQ yg dibincangkan di sini x sama dengan BBQ powder kan? ada kemungkinan tak BBQ powder/seasoning tu kritikal? hehE

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Kemungkinan tu ada, so pastikan secara terperinci kandungan dalam ramuan tersebut.