Rabu, 21 Januari 2009

"JALAN-JALAN CARI MAKAN"

Hujung minggu mahupun cuti sekolah ramai orang menhghabiskan masa bersiar-siar di komplek membeli belah.

Pihak pengurusan komplek mengambil peluang dan bijak mengatur promosi jualan seperti "sale" atau jualan penghabisan stok atau jualan awal bulan dll lagi...kalau boleh setaip masa asa jualan habis-habisan.

Pembeli dialunkan dengan muzik yang tenang atau jika ada perayaan didendangkan lagu-lagu raya...

So bertambahlah mood untuk membeli barangan yang tidak perlu.

Perasan tak biler kita beratur semasa ingin membayar dikaunter, pasti ada barangan seperti gula, pisau cukur dan lain-lain bagi memujuk pembeli mahupun anak-anak untuk membuat pembelian penutup. Bijak-bijak....

Biler balik rumah pasti kita tertanya-tanya mengapa kita membeli barangan yang tidak perlu..

Selepas membeli belah pasti kita lapar, pihak pengurusan turut menyediakan tempat makan seperti "food court".

Pernahkah kita perhatikan terdapat gerai-gerai ada mempamerkan perkataan "No-Pork" atau mempamirkan sijil penyembelih ayam untuk memujuk pengguna muslim.

Bagi saya kita harus memastikan gerai yang hendak kita kunjungi mempuyai sijil  halal yang sah bagi menjamin ramuan dan cara penyediaan makanan tersebut adalah halalan Toyibba....

Apa kata anda?

Tiada ulasan: