Khamis, 29 Januari 2009

Restoren Rebung




Ha... dengan sape tu? Siapa tak kenal dengan Chef Ismail.

Gambar ni saya ambil semasa makan direstoren Chef Ismail di Bangsar.

Rupa-rupenya chef Ismail menjadi rakan kongsi kepada Dato' Syed Muzzafar (Angkasawan Pertama Malaysia).

Banyak pilihan makan disini, semuanya jenis lauk-lauk pauk masakan melayu tradisional, dia punyer taste fulamak! memang best...kecur air liur dibuatnya...

Dari ikan patin masak tempoyak hingga rebung buluh masak lemak. Bak kata orang macam-macam ada....

Harga makan tengah hari satu kepala RM35 tak termasuk air. Harga makan artis la...

Tapi puas hati...

Bukan apa dengan kita mengenali Chef seperti chef Ismail banyak yang boleh kita pelajari mengenai cara masakan terutamanya masakan Barat dan Cina supaya kita tahu memilih makanan semasa kita hendak makan diluar negara atau di hotel-hotel besar yang tiada sijil halal.

Ha, itulah tip saya hari ini......






Rabu, 21 Januari 2009

"JALAN-JALAN CARI MAKAN"

Hujung minggu mahupun cuti sekolah ramai orang menhghabiskan masa bersiar-siar di komplek membeli belah.

Pihak pengurusan komplek mengambil peluang dan bijak mengatur promosi jualan seperti "sale" atau jualan penghabisan stok atau jualan awal bulan dll lagi...kalau boleh setaip masa asa jualan habis-habisan.

Pembeli dialunkan dengan muzik yang tenang atau jika ada perayaan didendangkan lagu-lagu raya...

So bertambahlah mood untuk membeli barangan yang tidak perlu.

Perasan tak biler kita beratur semasa ingin membayar dikaunter, pasti ada barangan seperti gula, pisau cukur dan lain-lain bagi memujuk pembeli mahupun anak-anak untuk membuat pembelian penutup. Bijak-bijak....

Biler balik rumah pasti kita tertanya-tanya mengapa kita membeli barangan yang tidak perlu..

Selepas membeli belah pasti kita lapar, pihak pengurusan turut menyediakan tempat makan seperti "food court".

Pernahkah kita perhatikan terdapat gerai-gerai ada mempamerkan perkataan "No-Pork" atau mempamirkan sijil penyembelih ayam untuk memujuk pengguna muslim.

Bagi saya kita harus memastikan gerai yang hendak kita kunjungi mempuyai sijil  halal yang sah bagi menjamin ramuan dan cara penyediaan makanan tersebut adalah halalan Toyibba....

Apa kata anda?

Sabtu, 17 Januari 2009

"NEPAL CHICKEN"

Ingat lagi 4 tahun lepas bile baru masuk keje..kene cek rumah sembelih ayam...

Puas cari kilang ni tapi tak jumape...tanya orang kata nun atas bukit tu...

Tapi biler cek kedai hardware...

Pening-pening...

Nak jadikan ceriter saya pun keluar dari kereta didepan kedai hardware tu..la..."kiok-kiok!"

Bunyi ayam...sah! ni lah kilang sembelih ayam tu...

Biler kami siasat kilang tu bersambung dengan kedai hardware ni..ada dibahagian belakang..

Terus ke tempat sembelih..

Masa tu ada 3 orang pekerja sedang menyembelih ayam..

Sorang pakai macam mask ninja..ala macam pasukan swat tu....pegang pisau tajam..

Dua orang lagi tukang pegang ayam untuk sembelih....

Tiba-tiba je mamat yang pegang pisau tadi meluru kepada kami...

Punya cuak, mane taknye pisau yang berlumuran darah macam cuba diacu kearah kami...

Ooo...dia cume beri salam dan berjabat dengan kami, terus pergi tanpa pesan ape-ape..

Mungkin nak tukar pakaian....

Tinggallah dua orang nepal...

Saya tanya "Are you muslim" dengan sengih2 mereka kata "yes-yes"....

Ayam yang telah disembelih tadi dicampak kedalam kandang simen yang penuh dengan najis ayam...

Ayam tu semua telah berlumuran darah..jadi warna merah...

terlihat dihujung ada 2 ekor ayam yang masih boleh berdiri tetapi leher yang terkulai...

Kita tanya Nepal tadi ayam tu kenapa tak mati lagi?

Nepal tadi terus menyambar ayam tersebut dan "Pluk!" dia cabut kepala ayam tanpa belas kasihan...

Wah...."Killerman" betul ni... Mengelupur ayam tadi...

Tak betul cara sembelihan mereka tu....

Selepas buat audit kami terus balik...

Memang takkan dapat sijil halal....

Apa kata anda ?

Khamis, 15 Januari 2009

PERBANDINGAN LEMAK MENGIKUT JENIS DAGING

Saya terbaca buku "A Study Of Nutrition" diterbitkan oleh Chung Ch'eng Press Taiwan.

Didapati lemak didalam daging khinzir lebih tinggi daripada daging-daging lain.

Berikut adalah perbandingan:

Lemak Khinzir : 91%
Lemak Daging Lembu :35%
Lemak Kambing : 56%

Jadi tidak hairanlah khinzir selalu dipanggang (Roasted Pigling).

Apa kata Anda?


Rabu, 14 Januari 2009

L-Cysteine

Merupakan sejenis asid amino yang digunakan sebagai agen penurunan didalam produk bakery seperti "Bagels", pizza, croissants untuk mengurangkan masa percampuran/mixing time.

Ia juga berfungsi untuk mengelakkan pizza menjadi mengecil jika ia yang diperbuat daripada tepung berprotein tinggi.

Ia boleh diperolehi daripada bulu/rambut manusia.

Boleh diperolehi daripada bulu haiwan seperti itik dan ayam.

Atau secara sintetik daripada petroleum.

Jika daripada bulu / rambut manusia adalah tidak dibolehkan.

Melalui pembacaan saya sumber termurah untuk menghasilkanya banyak diperolehi daripada rambut manusia, sumber lain bulu khinzir.

Ada cerita baik, satu syarikat di german Wacker Chemie telah memperkenalkan satu teknik baru penghasilan L-Cysteine ini adalah melalui fermentasi (bukan dari manusia dan haiwan).

Apa kata anda?

Ahad, 11 Januari 2009

BBQ




BBQ semua orang tahu apa dia.

Sejenis masakan daripada daging, ayam, ikan, sayur dan lain-lain.

Sesuai untuk adakan majlis ramah mesra sesama  keluarga dan kawan-kawan.

Malam tadi saya mengikuti rancangan AFC (Asian Food Channel), mengisahkan sejarah BBQ di Amerika.

Wow! banyak info yang saya dapat. 

Rupanya sejarah BBQ ini adalah sejenis masakan yang senang dimasak semasa perang saudara di Amerika pada satu masa dulu.

Daging yang biasa dimasak adalah daging "Babi".

Daging tadi dimasak dengan menggunakan bara api dari kayu sehingga masak, seterusnya dimakan bersama sos khas. Biasanya di Amerika mereka memakan dengan meletakkan hirisan daging BBQ pada dua keping roti, sama seperti kita membuat "sandwich".

Dalam rencana ini antara bahan ramuan yang digunakan untuk memerap daging tadi adalah lemak babi

Bahagian daging khinzir yang biasa digunakan adalah bahagian punggung dan rangka.

Tapi di Malaysia kita membuat BBQ menggunakan daging lembu, kambing dan ayam yang halal.

Ape kata anda? 

Khamis, 8 Januari 2009

HAMBURGER





Dulu pada tahun 70an-80an ramai orang pelik untuk makan ayam goreng atau burger tanpa nasi.

Orang kata makan lauk sahaja.

Kini burger menjadi makanan kegemaran tidak mengira umur dan bangsa.

Boleh didapati dari gerai-gerai biasa hingga ke restoran makanan segera dan hotel.

Ramly, Mc Donald, Burger King dan banyak lagi jenama lain dipasaran.

Sebenarnya sejarah burger ini bermula dari zaman Genghis Khan (1167-1227).

Dimana pada masatu tentera Mongolia yang diketua Genghis Khan sentiasa berperang.

Mereka suka makan daging dan apabila tetapi atas sebab selalu berperang dan sukar untuk berhenti untuk memasak, tentera ini mengambil ketulan daging dan diletakkan pada bawah pelana kuda.

Jadi apabila lapar mereka akan mengeluarkan daging tersebut dan makan sambil menunggang kuda. Daging tadi telah menjadi hancur kerana pergerakan kuda tadi.

Pada 1238 bila cucu Genghis Khan menaklukki Moscow mereka telah membawa resipi makanan ini.

Orang Russia menamakanya sebagai "Steak Tartare".
Jadi ia telah terkenal ke seluruh Eropah termasuklah German.

Bermula di Pelabuhan "Hamburg" ia telah dikenali sehingga ke America dan sehingga kini dikenali sebagai Hamburger.

Jadi kalau mengikut sejarah "Hamburger" bukan bermaksud burger yang menggunakan "Ham".

Tapi kalau kita pergi melancong ke luar negara hendaklah memastikan dahulu daging apa yang digunakan untuk membuat " Hamburger" ini.




Rabu, 7 Januari 2009

INOSITOL

Inositol adalah satu terdiri daripada kumpulan vitamin B kompleks.

Sumber aslinya ialah daripada otot-otot, hati, buah pinggang, otak dan tisu binatang lain.

Juga wujud dalam tumbuhan.

Jadi sebagai pengguna hendaklah memastikan sumbernya jika ia terdapat pada makanan yang ingin dibeli.


p/s: minta maaf lama tak update.