Jumaat, 12 Disember 2008

SEMBELIHAN MENGIKUT SYARA' VS SEMBELIHAN CARA BARAT

Pada hari raya korban lepas, saya tak melepaskan peluang menjalankan ibadah korban (saya satu bahagian je) di Muar.
Alhamdullillah dua ekor lembu telah dibuat korban.
Semuanya berjalan lancar dari proses sembelihan sehinggalah proses pembahagian daging korban.
Nak cerita pasal sembelihan ni teringat saya kepada artikel mengenai sembelihan cara Islam berbanding cara barat.     


Ada saintis islam daripada salah sebuah universiti dari Jerman telah membuat kajian mengenai kaedah penyembelihan mengikut hukum syara' dengan cara sembelihan orang barat.

Ini adalah kerana terdapat pendapat menyatakan sembelihan cara Islam ni kejam terhadap haiwan kerana selepas sembelihan didapati haiwan tersebut meronta-ronta seolah-olah kesakitan. Mereka menyatakan sembelihan cara barat lebih berperkehaiwanan (betul ke BM saya ni?) kerana apabila haiwan tersebut diketuk kepalanya dengan sejenis alat pemengsan ("Stunner"), haiwan tersebut tidak meronta malah tenang sahaja.

Jadi saintis ini mengkaji sejauh mana kebenaran hipotesis ini. Dua lembu disembelih lembu pertama disembelih cara barat dan seekor lagi cara Islam. Kedua-dua lembu ini disambungkan pada alat pengesan otak yang dinamakan EEG. Alat ini boleh mengesan ransangan pada otak yang boleh menunjukkan jika haiwan tersebut berasa sakit atau tidak.

Lembu pertama yang menggunakan cara barat dengan menghentak kepala haiwan tersebut sebelum disembelih didapati ada isyarat lembu itu mengalami kesakitan teramat sangat. Bila dibelah kepala lembu tersebut didapati otaknya pecah, jadi lembu tersebut mati bukan kerana sembelihan tetapi kerana hentakan yang kuat kepada kepalanya.

Lembu kedua didapati tiada isyarat daripada alat EEG ini, rupa-rupanya sebab pisau yang digunakan tajam, lembu tersebut tidak merasakan kesakitan. Keputusan ini boleh menguatkan lagi syarat sembelihan iaitu kenapa pisau mestilah tajam....

Dari segi kualiti daging juga berbeza, sembelihan secara barat menyebabkan darah terkumpul didalam badan haiwan tersebut kerana otak telah tidak berfungsi. Darah yang banyak tidak baik untuk kesihatan kerana darah banyak mengandungi asid urik yang toksik.

Lembu kedua didapati hampir pengaliran darah keluar sangat baik kerana semasa sembelihan dijalankan otak masih berfungsi seperti biasa disebabkan haiwan tersebut tidak merasa sakit. Daging yang dihasilkanya berkualiti.

Apa pendapat anda?


1 ulasan:

jidin berkata...

ALLAH MAHA MENGETAHU.APA YG ALLAH SURUH WAJIB KITA BUAT DAN APA YG DI LARANG WAJIB DI TINGGALKAN.