Khamis, 4 Disember 2008

RIBOFLAVIN/VITAMIN B12

Salam...        

Dalam penghasilan makanan terproses sekarang yang melalui pelbagai proses pemanasan dan penyejukkan telah menyebabkan banyak vitamin-vitmain yang penting untuk tubuh manusia telah hilang.



Pihak pengilang telah menambahkan kembali vitamin yang hilang ini tetapi mengikut peraturan-peraturan makanan. Ini boleh dilihat untuk produk susu pekat manis, roti, tepung gandum,makanan bayi, birin sarapan, pasta, cheese terproses, minuman buahan, minuman tenaga dan lain-lain.

Vitamin B memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga untuk tubuh badan manusia. Ia perlu untuk metabolisma lemak, karbohidrat dan protin.

Sumber Vitamin B2 antaranya susu, cheese, sayuran hijau, hati, nuah pinggang, kekacang, yeast dan almond, tetapi cahaya matahari mudah menghilangkan Riboflavin/vitamin B2.

Penghasilan vitamin B2 hari ini secara kormersial melalui mikroorganisma.
Sebagai pengguna kita perlu memastikan apakah sumber vitamin B2 yang digunakan. Jika haiwan pastikan haiwan yang halal sahaja.


SLOT MOTIVASI:

"Kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan setiap masa/setiap hari, oleh itu apa yang kita fikirkan setiap hari/masa?"


1 ulasan:

Unknown berkata...

Tumpang bertanya, jika dari mikroorganisma adalah ia halal? Maksud saya setahu saya (yang cetek ilmu mni) microorganisma ni memerlukan makanan iaitu kultur semasa fermentasi. Adakah kulturnya juga di verifikasi semasa membuat pemeriksaan halal?