Rabu, 24 Disember 2014

Barangan Kulit Kulit Anjing



Pasti ramai yang menggunakan barangan kulit seperti beg duit, bag tangan, kasut, tali pinggang dan lain-lain.
Tahukah anda bahawa ada juga kulit yang digunakan adalah dari kulit Anjing. Biasanya kulit yang digunakan seperti kulit lembu, buaya dan lain-lain. Kisah yang mengejutkan ini berlaku dinegara China.


Pasti selepas melihat video ini anda akan menjadi fobia untuk membeli barangan kulit.
Anjing tersebut dihentakkan kepalanya...menyebabkab ia tidak sedar dan belum mati.
Pekerja itu telah melapah kulitnya tanpa belas kasihan.Menurut pekerja disitu setiap hari antara 100 hingga 200 ekor anjing akan dilapah untuk mendapatkan kulitnya.

Untuk maklumat lanjut sila ke http://action.peta.org.uk/ea-action/action?ea.client.id=5&ea.campaign.id=32963

Tip Memilih Kedai Makan

Assalamualaikum.

Post kali ini kita akan bincangkan Tip Memilih Kedai Makan.
Pasti kalau ditanya apakah ciri-ciri yang paling utama dalam memilih tempat makan, adalah makanan mesti sedap. 

Perkara yang biasa kita abaikan seperti adakah makanan itu disediakan dengan cara yang bersih dan halal adalah perkara yang kedua.

 Malangya aspek halal dan kebersihan ini adalah penting kepada kita bagi mengelakkan termakan makanan yang tercemar dan tidaka memenuhi keperluan halal tadi.

Biasanya kalau saya akan pastikan sebelum memesan makanan disesebuah kedai makan, sila buat lawatan ke tandas mereka. Tandas biasanya terletak berdekatan dengan dapur memasak. Pastikan tandas adalah bersih sebab tandas yang sama akan digunakan pekerja dan tukang masak. 

Sila jeling kearah kawasan dapur kemas atau berselerak? Biasakan menghidu adakah terdapat bau kencing tikus atau tidak? Kalau ye sila tinggalkan segera..sebab pasti tikus banyak... dan jika nampak najis tikus berselerak pasti tikus telah betsarang di kedai makan itu. Banyak penyakit yang berkaitan dengan tikus telah berlaku sehingga menyebabkan kematian contohnya Leptospirosis (Penyakit Air Kencing tikus).

Sila lihat pekerjanya...adakah pakaian yang digunakan adalah bersih, kukunya tidak panjang dan bersih, rambut pendek, memakai penutup kepala, tiada luka pada tangan, tidak memakai barangan kemas semasa menyediakan makanan, Badan tidak berbau takut tidak mandi sebab 24 jam.

Adakah makanan yang disediakan adalah segar dan masih panas serta bertutup. Tiada lalat dan lipas ditempat pameran makanan. Sebelum makan pastikan lihat adakah wujud lendiran, bau yang pelik, jangan terus makan sebaliknya rasa makanan tersebut dahulu, jika rasa pelik atau basi jangan makan.

Penting juga pastikan kedai makan itu ada sijil halal dan mendapat gred markah A daripada Pihak Berkuasa tempatan. Pasti kedai tersebut telah dibuat pemeriksaan yang ketat bagi memastikan bahan yang digunakan dan tatacara penyediaan makanan menepati keperluan syarak dan juga kebersihan makanan. Jika semua tip diatas tidak penuhi carilah kedai makan lain... nanti kerana makan perut binasa.

Sebagai hadiah selamat menonton video yang menarik berkaitan kedai makan yang meloyakan...





Sabtu, 20 Disember 2014

Midamar Corporation Nafi Eksport Daging Ke Malaysia!!

Sumber: harian Metro


Beberapa hari yang lalu kecoh diperkatakan didada akhbar mengatakan Syarikat Pembekal Daging Midamar Corporation berpengkalan di IOWA Amerika Syarikat itu dituduh bersubahat membuat atau menggunakan kenyataan dan dokumen palsu, menjual jenama daging salah serta membuat tuntutan ganti rugi palsu.

Menyedari kenyataan akhbar tersebut menyatakan bahawa daging juga dieksort ke Malaysia dan juga kegusaran masyarakat Islam Malaysia khususnya, pihak JAKIM menerusi Pengarah Hab Halal Puan Hakimah Mohd Yusoff telah membuat kenyataan.

JAKIM mengesahkan bahawa Midamar Corporation tidak diberikan kebenaran ekport ke Malaysia.
Katanya beliau lagi " Loji pemprosesan milik syarikat tersebut tiada dalam kelulusan Jabatan Perkhimatan Veterinar (JPV).

Untuk makluman semua dibawah perundangan Akta Haiwan JPV, menyatakan untuk tujuan import daging mestilah diluluskan oleh JPV dan juga mesti disahkan oleh pihak JAKIM

Ini bermakna jika mana pihak diluar negara yang ingin mengekport daging ke Malaysia mestilah mendapat kelulusan daripada kedua-dua pihak. Disini jelas Midamar Corp. tidak mendapat lesen daripada pihak JPV.

Walaupun loji berkenaan telah mendapat pengesahan Halal oleh Islamic Services of Amerika (ISA), ini tidak bermakna ia boleh diekpsort ke Malaysia. Menurut sumber yang boleh dipercayai isu dakwaan ini telah lama berlaku dan ia masih dalam proses perundangan dan masih belum ada keputusan mahkamah samada ia bersalah atau tidak.

Oleh itu pengguna di luar sana janganlah bimbang mengenai perkara ini. Biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dalam memastikan makanan terutamanya daging yang dibawa masuk ke Malaysia adalah halal.

Jumaat, 19 Disember 2014

Berus Cuci Babi!!!

Pada post kali ni saya ingin berkongsi pengalaman pelanggan yang membeli barangan harian disebuah kedai berkonsepkan pasaran Jepun. Pelanggan ini membeli berus mencuci botol, kalau dilihat rupanya seperti berus yang biasa saja. 

Tapi apabila pulang ke rumah sebelum membuka bungkusan tersebut, alangkah terkejutnya.
Label bahagian belakang pembungkusanya menyatakan ia diperbuat daripada berus bulu babi putih. Ia dicampur dengan bahan nylon. Bayangkan kalau pelanggan ini tidak perihatin, harusnya berus ini digunakan untuk membersihkan botol susu anaknya.

Oleh itu nasihat saya agar kita terus berjati-hati jika ingin membli sesuatu produk keluaran luar negara walaupun harganya yang murah.



Khamis, 18 Disember 2014

Minyak Yu Yee Haram?


Sejak semalam aku dihujani pelbagai pertanyaan..
Minyak Yu Yee yang kita biasa guna pada baby haram ke? Betul ke ada lemak BABI?
Jadi kalau HARAM kenapa dijual lagi...?

Untuk makluman semua minyak Yu Yee ni telah mendapat sijil Halal Malaysia dan di perakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai keselamatan penggunaanya.
Jadi tak perlulah kita risau tentang penggunaanya.

Boleh rujuk terus laman web JAKIM.

Rabu, 17 Disember 2014

Pembekal Daging Halal Dari USA di Dakwa Menipu




Sebuah syarikat pembekal daging, dari IOWA iaitu Midamar Corp telah didakwa disebuah mahkamah atas kesalahan melakukan penipuan.
Midamara Corp merupakan  milikikan Jalel and Yahya 'Bill' Aossey.

Semua dakwaan ini telah dinafikan mereka. 
Pembekal ini juga adalah pembekal daging ke Kuwait dan Arab saudi.

Amerika Syarikat merupakan negara yang bukan majoriti Islam tapi amat menitik beratkan mengenai isu ini.

Untuk bacaan lanjut sila klik  Isu Midamar corp.

Selasa, 16 Disember 2014

Kopiko LA Coffee Haram?





Hari ni saya dihujani soalan adakah kopiko LA Coffee Haram?

Katanya "ada gelatin lemak babi.... Kod E472e...dah check dengan JAKIM ..kawan yang keje bahagian penyelidikan pon kata sahih...INI SELEMAH2 USAHA KITA untk Agama..." kata2 yang dipetik dari pesanan ringkas yang tengah viral sekarang.

Untuk maklumat Kopiko LA Coffee ni telah mendapat pensijilan Halal dari Majlis Ulama Indonesia dan juga sijil Halal Malaysia dari JAKIM. Jadi tidak timbul isu yang mengatakan bahan digunakan tidak halal.




Sila rujuk post saya yang lalu berkaitan kod E ini.
Ia tidak menyatakan babi adalah kod tersebut. Kod ini merujuk kepada bahan tambah makanan.. misalnya garam... kunyit juga ada Kod E tertentu...


Khamis, 11 Disember 2014

Istilah BABI Yang Perlu Kita Tahu

Post kali ini, aku nak kongsi istilah - istilah BABI yang biasa digunakan diluar sana.
Perkara ni penting supaya bila kita beli produk di pasaran tidak tertipu dengan perkataan tu.

Paling penting jika kita ke Luar Negara. Biasa kita dengar bila orang cakap babi samalah dengan PORK. Tapi korang mesti ingat banyak istilah yang berkitan, misalnya PORCINE.... ia juga merujuk kepada hasilan BABI.

Jadi diharap dengan perkongsian pada kali ni dapat menambahkan ilmu kita bersama.

PORK- Maksudnya babi dalam makanan

SWINE- Istilah keseluruhan spesies babi

HOG- Babi dewasa

BOAR - Babi liar

BACON- Daging babi salai

HAM- Daging babi bahagian peha

SOW- Babi betina dewasa

Sow Milk- Susu Babi

PIG- Seekor babi muda

LARD- Lemak babi (digunakan dalam produk berasaskan minyak dan sabun

PIG SKIN LINING- Lapisan dari kulit babi

PURE BOAR BRISTLE BRUSH - Berus bulu babi hutan yang asli

PURE BRISTLE - Bulu babi tulen




Pengguna Wanita di Malaysia Belanjakan lebih RM 2000.00 sebulan untuk beli kosmetik".

Pengguna Wanita di Malaysia Belanjakan lebih RM 2000.00 sebulan untuk beli kosmetik".

Post aku hari ni nak bincang pasal kosmetik. Yelah kan sekarang kosmetik memang tak dapat dipisahkan setiap hari.


Aku pernah baca dalam paper " Pengguna Wanita di Malaysia Belanjakan lebih RM 2000.00 sebulan untuk beli kosmetik".

Banyak tu... maksudnya bukan je lipstik, compact powder tapi termasuk shampoo, liquid Bath, perfume dan lain-lain.


" Yang Tua Akan Nampak Muda, Yang Berkedut Akan Hilang Kedutan, Yang Kusam Akan Sihat"


Kalau ikut bacaan kosmetik ni, dikira apa2 bahan atau sediaan yang dibuat untuk bersentuhan dengan bahagian LUARAN. Contohnya kulit, rambut, bibir, termasuk organ sulit luaran, gigi.




 Kenapa kita beli kosmetik? Ada untuk membersih, mewangikan, merubah penampilan, yela... yang kedut boleh dilicinkan..he.he...termasuk memperbaiki bau badan...ala..cam deodoran..

Korang mesti kena tahu apa yang digunakan untuk buat produk ni..jangan pakai beli jer... tu yang banyak isu muka makin berjeragat, mengelupas macam LOBSTER!!! nak lawa jadi bertambah hodoh cam jabatan tak siap...




Antara dalam pembacaan aku, kosmetik ni ada dari sumber haiwan macam kolagen, plasenta (URI) beeswax dll.
Bahan tumbuhan cam palm oil, cotton seed oil.
Mineral cam Zinc oxide , mica, titanium dioxide (bagi nampak putih)
Bakteria (cam Hyaluronic Acid..zaman dulu dari balung ayam a.k.a Rooster Comb)

MANUSIA!!!! cam Plasenta (URI) stem cell, keratin dll...

Bahan yang kita perlu hati-hati contohnya.

KOLAGEN

Tujuan untuk kekalkan kelembapan kulit dan cegah kedutan. Memulih masalah kulit, cantik serta suburkan rambut termasuklah Ati-ageing..(a.k.a. lambat penuaan)
Sumber kolagen yang biasa digunakan adalah dari BABI, lembu, ikan.
Bayangkan kita salut bahan BABI pada muka...

Jadi kalau nak beli kosmetik pastikan yang benar-benar berkualiti dan selamat dunia akhirat...