Post kali ini kita akan bincangkan Tip Memilih Kedai Makan.
Pasti kalau ditanya apakah ciri-ciri yang paling utama dalam memilih tempat makan, adalah makanan mesti sedap.
Perkara yang biasa kita abaikan seperti adakah makanan itu disediakan dengan cara yang bersih dan halal adalah perkara yang kedua.
Malangya aspek halal dan kebersihan ini adalah penting kepada kita bagi mengelakkan termakan makanan yang tercemar dan tidaka memenuhi keperluan halal tadi.
Biasanya kalau saya akan pastikan sebelum memesan makanan disesebuah kedai makan, sila buat lawatan ke tandas mereka. Tandas biasanya terletak berdekatan dengan dapur memasak. Pastikan tandas adalah bersih sebab tandas yang sama akan digunakan pekerja dan tukang masak.
Sila jeling kearah kawasan dapur kemas atau berselerak? Biasakan menghidu adakah terdapat bau kencing tikus atau tidak? Kalau ye sila tinggalkan segera..sebab pasti tikus banyak... dan jika nampak najis tikus berselerak pasti tikus telah betsarang di kedai makan itu. Banyak penyakit yang berkaitan dengan tikus telah berlaku sehingga menyebabkan kematian contohnya Leptospirosis (Penyakit Air Kencing tikus).
Sila lihat pekerjanya...adakah pakaian yang digunakan adalah bersih, kukunya tidak panjang dan bersih, rambut pendek, memakai penutup kepala, tiada luka pada tangan, tidak memakai barangan kemas semasa menyediakan makanan, Badan tidak berbau takut tidak mandi sebab 24 jam.
Adakah makanan yang disediakan adalah segar dan masih panas serta bertutup. Tiada lalat dan lipas ditempat pameran makanan. Sebelum makan pastikan lihat adakah wujud lendiran, bau yang pelik, jangan terus makan sebaliknya rasa makanan tersebut dahulu, jika rasa pelik atau basi jangan makan.
Penting juga pastikan kedai makan itu ada sijil halal dan mendapat gred markah A daripada Pihak Berkuasa tempatan. Pasti kedai tersebut telah dibuat pemeriksaan yang ketat bagi memastikan bahan yang digunakan dan tatacara penyediaan makanan menepati keperluan syarak dan juga kebersihan makanan. Jika semua tip diatas tidak penuhi carilah kedai makan lain... nanti kerana makan perut binasa.
Sebagai hadiah selamat menonton video yang menarik berkaitan kedai makan yang meloyakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan