Selasa, 16 Disember 2014

Kopiko LA Coffee Haram?





Hari ni saya dihujani soalan adakah kopiko LA Coffee Haram?

Katanya "ada gelatin lemak babi.... Kod E472e...dah check dengan JAKIM ..kawan yang keje bahagian penyelidikan pon kata sahih...INI SELEMAH2 USAHA KITA untk Agama..." kata2 yang dipetik dari pesanan ringkas yang tengah viral sekarang.

Untuk maklumat Kopiko LA Coffee ni telah mendapat pensijilan Halal dari Majlis Ulama Indonesia dan juga sijil Halal Malaysia dari JAKIM. Jadi tidak timbul isu yang mengatakan bahan digunakan tidak halal.




Sila rujuk post saya yang lalu berkaitan kod E ini.
Ia tidak menyatakan babi adalah kod tersebut. Kod ini merujuk kepada bahan tambah makanan.. misalnya garam... kunyit juga ada Kod E tertentu...


Tiada ulasan: