Sabtu, 20 Disember 2014

Midamar Corporation Nafi Eksport Daging Ke Malaysia!!

Sumber: harian Metro


Beberapa hari yang lalu kecoh diperkatakan didada akhbar mengatakan Syarikat Pembekal Daging Midamar Corporation berpengkalan di IOWA Amerika Syarikat itu dituduh bersubahat membuat atau menggunakan kenyataan dan dokumen palsu, menjual jenama daging salah serta membuat tuntutan ganti rugi palsu.

Menyedari kenyataan akhbar tersebut menyatakan bahawa daging juga dieksort ke Malaysia dan juga kegusaran masyarakat Islam Malaysia khususnya, pihak JAKIM menerusi Pengarah Hab Halal Puan Hakimah Mohd Yusoff telah membuat kenyataan.

JAKIM mengesahkan bahawa Midamar Corporation tidak diberikan kebenaran ekport ke Malaysia.
Katanya beliau lagi " Loji pemprosesan milik syarikat tersebut tiada dalam kelulusan Jabatan Perkhimatan Veterinar (JPV).

Untuk makluman semua dibawah perundangan Akta Haiwan JPV, menyatakan untuk tujuan import daging mestilah diluluskan oleh JPV dan juga mesti disahkan oleh pihak JAKIM

Ini bermakna jika mana pihak diluar negara yang ingin mengekport daging ke Malaysia mestilah mendapat kelulusan daripada kedua-dua pihak. Disini jelas Midamar Corp. tidak mendapat lesen daripada pihak JPV.

Walaupun loji berkenaan telah mendapat pengesahan Halal oleh Islamic Services of Amerika (ISA), ini tidak bermakna ia boleh diekpsort ke Malaysia. Menurut sumber yang boleh dipercayai isu dakwaan ini telah lama berlaku dan ia masih dalam proses perundangan dan masih belum ada keputusan mahkamah samada ia bersalah atau tidak.

Oleh itu pengguna di luar sana janganlah bimbang mengenai perkara ini. Biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dalam memastikan makanan terutamanya daging yang dibawa masuk ke Malaysia adalah halal.

Tiada ulasan: