Memaparkan catatan dengan label Viral Isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Viral Isu. Papar semua catatan

Rabu, 7 Januari 2015

Tips memilih bebola ikan


www.fakarudinft.blogspot.com


 Meloyakan!!! itu boleh digambarkan kepada sebuah kilang yang menghasilkan kek ikan dan bebola ikan yang terletak Jalan Paya terubong. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri telah melakukan pemeriksaan mengejut terhadap premis tersebut. Penemuan yang amat memeranjatkan untuk produk yang menjadi kesukaan ramai, tentunya dibuat bahan iringan dalam menu produk makanan berasaskan mee.

Pekerja yang memakai apron kotor dan menggaul ikan kisar tanpa menggunakan sarung tangan. Minyak menggorengkan amat menyedihkan, hitam dan di goreng berdekatan longkang kilang. Peralatan untuk memproses bebola ikan ini juga telah berkarat dan boleh membahayakan pengguna yang memakan produk ini.


Bahagian Keselamatan dan Kualiti MakananJabat
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Ahad, 4 Januari 2015

Beli Ketam Dari Mesen Layan Diri

Biasanya kita membeli barangan  daripada mesen layan diri seperti ait minuman, makanan ringan, alatan elektronik dan lain-lain.
tapi lain pula jadinya di Nanjing China. Mereka menjual ketam segar, dengan pilihan ketam jantan atau betina. Setiap hari sebanyak 200 bungkusan terjual!!!

Kebanyakan pembeli menyatakan ia baik dan memudahkan mereka yang bekerja membeli makanan tersebut tanpa perlu ke pasar. Malahan harganya juga lebih rendah berbanding pasar. Lepas ni apa pula nak dijual dalam mesen ni?


Jumaat, 19 Disember 2014

Berus Cuci Babi!!!

Pada post kali ni saya ingin berkongsi pengalaman pelanggan yang membeli barangan harian disebuah kedai berkonsepkan pasaran Jepun. Pelanggan ini membeli berus mencuci botol, kalau dilihat rupanya seperti berus yang biasa saja. 

Tapi apabila pulang ke rumah sebelum membuka bungkusan tersebut, alangkah terkejutnya.
Label bahagian belakang pembungkusanya menyatakan ia diperbuat daripada berus bulu babi putih. Ia dicampur dengan bahan nylon. Bayangkan kalau pelanggan ini tidak perihatin, harusnya berus ini digunakan untuk membersihkan botol susu anaknya.

Oleh itu nasihat saya agar kita terus berjati-hati jika ingin membli sesuatu produk keluaran luar negara walaupun harganya yang murah.