Bangkai merupakan perkara yang dilarang untuk umat Islam memakanya, ia jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Walaubagaimanapun ada manusia yang makan tanpa menghiraukanya....ikutilah isu ini..
|
BOURNEMOUTH, England - Sekumpulan pelajar Universiti Bournemouth di
sini mempunyai satu cara pelik untuk mendapatkan makanan secara percuma
ekoran harga makanan yang tinggi dan masalah kewangan, lapor sebuah
akhbar semalam.
Pelajar-pelajar itu mencari bangkai arnab, burung kuang bayas dan
jika bertuah akan mendapat rusa yang baru dilanggar oleh kereta di
sebuah sebuah jalan raya.
Seorang kakitangan universiti itu yang sudah bertugas hampir sepuluh
tahun berkata: "Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis haiwan di tepi
jalan.
"Mereka sebelum ini menggunakan haiwan itu untuk sesi pengajaran bagi
menunjukkan sejarah perkembangan kaedah penyembelihan haiwan.
"Namun, selepas kelas itu, kami mendapat banyak timbunan daging
(selepas belajar menyembelihnya). Justeru, kami kemudian memanggang
daging itu."
Para pelajar di universiti itu menyatakan pengajaran dalam kelas itu
menyebabkan mereka mencari lebih banyak haiwan yang mati mengikut masa
kelapangan masing-masing.
Seorang pelajar arkeologi forensik berumur 23 tahun berkata: "Selepas
menggunyah beberapa kali, saya terlupa saya memakan daging haiwan yang
kepalanya dilanggar sebuah kereta."
Bagaimanapun, seorang pegawai kesihatan Majlis Daerah New Forest
berkata, seseorang yang makan haiwan yang dilanggar kereta perlu
berjaga-jaga dengan tahap kesihatan haiwan berkenaan yang mungkin
membawa penyakit. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan