Tinjauan Harian Metro ke kampung itu semalam mendapati tanaman penduduk seperti ubi kayu, salak dan pisang dimusnahkan haiwan liar terbabit yang dikatakan mula berada di kawasan kampung seawal jam 7 malam hingga lewat pagi.
Penduduk, Zainon Abdullah, 60, berkata, setiap kali senja kumpulan babi yang dianggarkan dalam lingkungan 10 ekor kebiasaannya berkeliaran di kawasan rumahnya mencari makanan.
“Babi berkeliaran seperti ayam di halaman rumah menyebabkan saya dan cucu terpaksa mengetuk periuk belanga atau tin kosong untuk menghalau haiwan terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Zainon berkata, haiwan liar itu mula memasuki kawasan kampung sejak dua tahun lalu.
“Kami buntu untuk menangani masalah itu. Pelbagai usaha dibuat, tetapi gagal, malah jumlah babi memasuki kawasan kampung ini semakin bertambah,” katanya.
“Saya menanam ubi kayu sejak enam bulan lalu dan hanya menunggu masa untuk dimakan serta dijual, tetapi semua dimusnahkan haiwan liar itu.
A Halim Md Yasin, 43, berkata, dia kerugian lebih RM200 apabila ayam peliharaannya dibaham kumpulan babi hutan itu.
“Saya pernah kehilangan enam ekor ayam sehari dan makanan lembu yang diletakkan di dalam bekas apabila menjadi habuan kumpulan babi itu,” katanya.
Dia berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi membendung masalah berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan