Isnin, 8 Jun 2009

Kesan Lemak Terhadap Kesihatan

Lemak dibahagikan kepada 4 jenis:

1. Lemak Tepu (Contoh sumber : lemak daging, susu, krim, minyak kelapa, santan)

2. Lemak mono tak tepu (Contoh sumber : minyak zaitun, minyak kelapa sawit)

3. Lemak poli tak tepu (Contoh sumber : minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bijan)

4. Asid lemak trans (Contoh sumber : minyak sayuran terhidrogen seperti marjerin dan lelemak atau "shortening")

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan berlebihan berat badan dan obesiti.
Selain itu, pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan kolestrol darah dan seterusnya risiko penyakit jantung.
Lemak trans dalam marjerin biasa dan makanan yang diproses boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
Dengan itu kita sebagai pengguna boleh membuat pilihan bijak dalam pengambilan lemak dalam diet pemakanan.

1 ulasan:

Unanimous berkata...

salam ziarah, halalgenius, boleh tak berikan
1.contoh2 makanan yang banyak kandungan lemak yang boleh merosakkan kesihatan...
2.cara masakan yang sehat bagi muslim supaya kurang/tiada pengambilan lemak berlebihan