Jumaat, 12 Jun 2009

MAKANAN HALAL

Makanan dan Minuman Yang Halal

Allah memudahkan manusia mencari rezeki atau makanan yang halal dengan memberi garis panduan berlandaskan syariat.
Memilih makanan yang halal dan baik adalah untuk kebaikan tubuh badan, fikiran dan jiwa manusia itu sendiri sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud:

"Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan"

Diantara peringkat atau bahagian menentukan makanan dan minuman yang halal;

1) Halal Mutlak

Halal mutlak ialah setiap benda yang halal disisi syariat.
Makanan yang halal ialah selain daripada makanan yang diharamkan.
Setiap makanan yang disebut halnya adalah halal dimakan.
Setiap yang Allah diamkan maka ia dibolehkan makan.
Sabda Rasulullah S.W.T:


" Apa sahaja yang Allah halalkan dalam kitabnya maka ia adalah halal. Dan apa sahaja yang diharamkan maka ia adalah haram. Sedangkan apa yang didiamkanya maka itu dibolehkan. Oleh kerana itu terimalah dari Allah kemaafan itu. Sebab sesunguhnya Allah tidak pernah lupa sedikit pun"

Kemudian Rasulullah membaca ayat (Dan tuhanmu tidak lupa)-surah Maryam"- Riwayat Hakim dan Bazzas.

Tiada ulasan: