Isnin, 29 Jun 2009

"Pensijilan Halal Kembali Ke JAKIM"

Pertama sekali minta maaf kepada pembaca, sebab dah lama tak update blog ni...
Sibuk sikit  sekarang ni...tapi saya gagahi juga...
Saya dengar ceriter yang JAKIM akan mengambil semula pensijilan halal daripada HDC.
Eloklah tu...moga pensijilan halal terus berdaya saing sehingga diperingkat antarabangsa..
Ramai pengguna menunggu saat-saat manis ni...
Jika ada rezeki saya pun teringin nak join sama berjuang untuk Ummah!!
Moga ia menjadi kenyataan..

9 ulasan:

Unknown berkata...

ana tak setuju, ana terlibat dgn permohonan, ana terasa perbezaannya. Tapi pendapat ana kekal dgn HDC selamanya pon tak berapa betul sebab ana setuju persijilan ini dikeluarkan seperti lesen,contoh lembaga persijilan halal. klu balik pd jakim ana tak setuju tapi diperkasakan lagi dgn mengambil model yang telah dimajukan oleh HDC ana setuju

Tanpa Nama berkata...

Saya merasakan, seharusnya dikembalikan kepada JAKIM.
1. Sbb, nama JAKIM tu, bila pihak industri dgr dah cuak, tp HDC ada yg tak tau sape HDC.
2. Dari segi masa, JAKIM boleh je upgrade kan sikit. Ni semua masalah manusia. Boleh diperbetulkan.
3. Tp saya cadang, klu dibawah JAKIM, jgnla letak sebagai UNIT, tp letak le grand sikit. Lembaga pun ok gak. Sbb, dlm JAKIM banyak unit, so tak lengkap la klu semua bidang islam ada bawah Jakim, tp ttg halal jakim tak uruskan.

-iDa berkata...

hi en Din!

pecite skrg, sonok duk bkkm??/?
uummm..mmg confirm ke halal blk pd jAkim semula.hrp2 nTi de perubahan dr seGi p'geluaran sijil n pgurusann kn..baru la bdaya sainG d'eRa gLobalisasi nie..

Unanimous berkata...

HUSNI BINTI KHATIM
ASAALAMU'ALAIKUM KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

ALHAMDULILLAH JAKIM DAPAT BALIK MENGURUSKAN PENSIJILAN HALAL INI AMAT PENTING UMTUK UMMAH. DARI MUSLIM UNTUK MUSLIM INI WAJIB J=KITA PERKASAKAN DAN BANTU SESAMA MUSLIM PROMOTE DAN GUNA PRODUK KELUARAN MUSLIM UNTUK MUSLIM. INI PUN JIHAD JUGA. NON MUSLIM TAU PASARAN HALAL BERNILAI TRILLION, MEREKA PRODUCE PRODUK HALAL DAPAT SIJIL "HALAL" TAPI MUSLIM BELI. BETUL2 HALAL KE PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH NON MUSLIM?????.INI MEYNEBABKAN MEREKA PERKASA KITA LEMAH. JADI KITA SEBAGAI MUSLIM MESTI MENJADI TERAJU/JUARA/JOHAN/ MAIN PLAYER PENGELUARAN PRODUK MUSLIM UNTUK MUSLIM BARULAH EKONOMI KITA PERKASA.
VISIT MY WEBSITE : http://halalan-thoiyiban.blogspot.com

Unanimous berkata...

JAKIM WAJIB DIPERKASAKAN DAN DIBERI SEKSYEN PENGUATKUASAAN YANG NON PARTISAN/BEBAS MENGAMBIL TINDAKAN/ADA KUASA TANPA CAMPUR TANGAN POLITIK.
IKUTILAH PERKEMBANGAN SIJIL HALAL BRINEI YANG MANA MUSLIM LOGO HALAL WARNA HIJAU
NON MUSLIM LOGO HALAL WARNA MERAH.

VISIT MY WEBSITE : http://halalan-thoiyiban.blogspot.com

Mr Harry Expert berkata...

alhamdulillah..ibarat sirih pulang ke gagang. itik pulang ke reban..

memang di tunggu2 kembalinya hak autoriti halal kepada JAKIM.

Pasni bleh la apply keje kat jakim cz dah ada kelulusan HALAL dari jakim.

masalahnyer sijil executive halal bila nak kuar ntah..(khairi exhalal batch8)

Unknown berkata...

Banyak diperkatakan persijilan harus dipulangkan ke JAKIM.

Satu persoalan saya yang telah berkecimpung dan berdamping dengan auditor halal dari JAKIM. Saya dapati banyak yang buat kerja carca merba.

Bahan yang perlu sijil halal tiada sijil halal ditambah lagi pengeluar adalah dari luar negara. Banyak bahan mentah kritikal yang dipejamkan mata sahaja.

Tahap kebersihan kilang yang tidak memuaskan pun boleh lulus permohonan halalnya.

Mintak sample banyak sekali melebihi had untuk analysis.

Tepuk dada tanyalah diri... benda halal dapat cara haram pun tetap haram.

AcAh cHiK berkata...

for me,
Halal ke kembali ke JAKIM mmg amat baik, spptnye ia dipegang oleh sebuah badan agama, sedikit sebanyak tidak mudah industri memperkotak-katikkan status halal..

Apabila Halal kembali ke JAKIM, harapan saya supaya berlaku transformasi dr segi cara kerja, pengurusan dan sbgainya..btol kata en din, kite ambik model yg telah dimajukan oleh HDC..pada masa yang sama juga, kakitangan yang berada didalamnya perlu la ditapis terlebih dahulu sebelum dibenarkan menyertai Halal ini. Ini bertujuan untuk menjaga intergriti pensijilan halal itu sendiri.Pemilihan haruslah mereka yang benar2 komited, berpengetahuan, jujur terhdap perkerjaan dan tidak memandang tugas yang diberikan sambil lewa dan anggap mudah.

Diharap mereka yang bakal mengisi tempat di pensijilan halal adalah terdiri daripada golongan yang berintergriti tinggi, bijak membuat keputusan, neutral dan berhemah.

sitopimerah@android:~$ berkata...

wah lepas ni dpt jumpa semula tuan audit kilang :)...saya bukan jenis retorik tapi menilai, tidak semua negatif saya kira banyak juga yang positif yang boleh dicedok balik ke jakim. Nasihat saya adalah saling melengkapi bukan bermusuh sesama badan kerajaan

Tahniah dan jumpa lagi