Jumaat, 13 Julai 2012

Pasaran halal AS$2.3 trilion!!!!


SEKTOR perdagangan makanan halal mempunyai potensi lebih besar kerana ia bukan saja membabitkan isu makanan berasaskan syariah sebaliknya meliputi pelbagai cabang lain.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sektor makanan halal khususnya di peringkat Asean mempunyai potensi besar, namun masih banyak ruang perlu diperbaiki untuk memastikan lebih banyak aktiviti perdagangan produk halal dapat dilakukan.

“Potensi pasaran halal dunia dipercayai mencecah AS$2.3 trilion setahun, namun di kalangan negara Asean, nilai perdagangan produk halal adalah sekitar AS$693 bilion setahun.
“Ia membuktikan peluang untuk negara anggota Asean meneroka pasaran halal dunia adalah tinggi kerana ia bukan saja penting untuk masyarakat beragama Islam, sebaliknya turut mendapat permintaan di kalangan bukan Islam,” katanya selepas majlis penutup mesyuarat kesembilan Asean Working Group On Halal Food (AWGHF) di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, isu halal bukan saja membabitkan jenis makanan yang dihidangkan sebaliknya ia juga meliputi cara penyediaan dan kebersihan makanan serta premis.

Mukhriz berkata, setakat ini Malaysia mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dalam mencapai sasaran peningkatan enam peratus dalam eksport produk halal menjelang akhir tahun ini.

Antara produk halal yang dieksport merangkumi ramuan makanan seperti lemak, garam, emulsifier, perasa dan pewarna serta hasil minyak kelapa sawit.

Sementara itu, mesyuarat berkenaan antara lain membincangkan mengenai pendaftaran dan penyusunan 221 jenis aditif makanan halal, latihan kepada nazir halal, juruaudit makanan halal dan penganalisis makmal serta pelaksanaan garis panduan Asean mengenai makanan halal.

Siapa cakap perniagaan dalam industri Halal tak lumayan.......

Tiada ulasan: