Isnin, 29 Jun 2009

"Pensijilan Halal Kembali Ke JAKIM"

Pertama sekali minta maaf kepada pembaca, sebab dah lama tak update blog ni...
Sibuk sikit  sekarang ni...tapi saya gagahi juga...
Saya dengar ceriter yang JAKIM akan mengambil semula pensijilan halal daripada HDC.
Eloklah tu...moga pensijilan halal terus berdaya saing sehingga diperingkat antarabangsa..
Ramai pengguna menunggu saat-saat manis ni...
Jika ada rezeki saya pun teringin nak join sama berjuang untuk Ummah!!
Moga ia menjadi kenyataan..

Rabu, 17 Jun 2009

Kod Babi Pada Makanan ?

Baru-baru ini saya dapat email daripada kawan mengenai ada risalah iklan yang ditampal di merata tempat di masjid dan tempat awam terhadap kod babi di dalam makanan yang dikeluarkan oelh Dr. M. Anjad Khan (tidak dapat dipastikan siapa?)

Antara peryataan ditulis seperti

KOD BABI PADA MAKANAN?
PENTING UNTUK PENGETAHUAN UMAT ISLAM!!!
DIANALISA OLEH DR. M. ANJAD KHAN.


E100, E110, E120,E140,E141,E153,E210,E270,E280,E471 dan banyak lagi tak dapat saya nak tulis lagi...

juga ditulis peryataan :


"KOD-KOD INI TERDAPAT ADA BUNGKUSAN MAKANAN KELUARAN BUKAN ISLAM YANG KITA BELITANPA KITA SEDARI KERANA TULISANNYA YANG TERLALU KECIL DAN TERSENBUNYI. MAKA HENDAKLAH KITA BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI BARANGAN-BARANGAN INI."

Komen saya jawapan beliau ini tidak berapa tepat kerana kita harus mendapatkan penjelasan dan hasil kajian beliau bagaaimanakah cara ujian ini dijalankan. contohnya E471 tidak tepat jika dinyatakan ia nya daripada babi. E471 adalah sejenis emulsifier yang boleh bersumberkan tumbuhan atau haiwan, tetapi tidak semestinya babi. Jika di Malaysia ia diperbuat daripada minyak kelapa sawit....rujuk tulisan saya pada blog yang lepas mengenai aditive makanan dan emulsifier.
Oleh itu sebagai pengguna yang "genius" kita mestilah memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan sahih....


Jumaat, 12 Jun 2009

MAKANAN HALAL

Makanan dan Minuman Yang Halal

Allah memudahkan manusia mencari rezeki atau makanan yang halal dengan memberi garis panduan berlandaskan syariat.
Memilih makanan yang halal dan baik adalah untuk kebaikan tubuh badan, fikiran dan jiwa manusia itu sendiri sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud:

"Hati itu ditempa dengan apa yang dimakan"

Diantara peringkat atau bahagian menentukan makanan dan minuman yang halal;

1) Halal Mutlak

Halal mutlak ialah setiap benda yang halal disisi syariat.
Makanan yang halal ialah selain daripada makanan yang diharamkan.
Setiap makanan yang disebut halnya adalah halal dimakan.
Setiap yang Allah diamkan maka ia dibolehkan makan.
Sabda Rasulullah S.W.T:


" Apa sahaja yang Allah halalkan dalam kitabnya maka ia adalah halal. Dan apa sahaja yang diharamkan maka ia adalah haram. Sedangkan apa yang didiamkanya maka itu dibolehkan. Oleh kerana itu terimalah dari Allah kemaafan itu. Sebab sesunguhnya Allah tidak pernah lupa sedikit pun"

Kemudian Rasulullah membaca ayat (Dan tuhanmu tidak lupa)-surah Maryam"- Riwayat Hakim dan Bazzas.

Isnin, 8 Jun 2009

Kesan Lemak Terhadap Kesihatan

Lemak dibahagikan kepada 4 jenis:

1. Lemak Tepu (Contoh sumber : lemak daging, susu, krim, minyak kelapa, santan)

2. Lemak mono tak tepu (Contoh sumber : minyak zaitun, minyak kelapa sawit)

3. Lemak poli tak tepu (Contoh sumber : minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bijan)

4. Asid lemak trans (Contoh sumber : minyak sayuran terhidrogen seperti marjerin dan lelemak atau "shortening")

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan berlebihan berat badan dan obesiti.
Selain itu, pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan kolestrol darah dan seterusnya risiko penyakit jantung.
Lemak trans dalam marjerin biasa dan makanan yang diproses boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
Dengan itu kita sebagai pengguna boleh membuat pilihan bijak dalam pengambilan lemak dalam diet pemakanan.