Rabu, 11 Februari 2009

"Blood Plasma"

Blood plasma/plasma darah digunakan didalam produk yang berasaskan daging untuk memberikan warna atau kekenyalan.

Ia juga akan meningkatkan mutu daging.   (ini ialah Porcine Blood Plasma Powder)

Biasanya plasma darah ini diperolehi daripada hasilan penyembelihan haiwan.

Darah atau plasma darah merupakan sejenis protin yang sesuai untuk digunakan dalam produk yang berasaskan daging.

Plasma darah boleh diperolehi dalam bentuk serbuk atau cecair.

Banyak ditambah dalam produk sosej dan banyak bahan mentah contohnya surimi, MDM (mechanically deboned meat), luncheon meat dan lain-lain.

Yang menjadi isunya darah apa yang digunakan, darah tidak boleh digunakan untuk produk halal.

Porcine plasma juga ada digunakan kerana ia adalah hasil buangan daripada penyembelihan khinzir.

Apa kata anda?

Tiada ulasan: