Khamis, 19 Februari 2009

Jalan-Jalan Cari Makan Di Kuching Sarawak

Ini merupakan kali ke-2 saya ke Kuching Sarawak.

Sampai di Airport Jam 4 petang, lepas check-in terus jalan-jalan tepi sungai Sarawak.

Perut keroncong ni, bukan apa makan dalam flight macaroni with chicken, selera mat salleh tak sama dengan kita.

Bile dah lama kerja berkaitan halal ni susah sikit nak pilih kedai makan, maklumlah kena amalkan apa yang dipelajari.

Apa yang menarik disini banyak lagi kesan-kesan sejarah "James Brook" raja putih yang pertama, dari Muzium, bangunan dan ada juga restoren. Dengar kata restoren tu masih wujud hingga kini 2009!!



Ha..kan betul restoren beliau masih wujud sehingga kini....

Kalau kita baca buku sejarah mesti beliau sinonim dengan negeri Sarawak.

Saya tak makan pun...coz tak nampak logo halal di restoren ni...

Puas berjalan tepi sungai saya tertarik pada satu gerai, ada seorang makcik bertudung menjual pelbagai jenis cucur dan nasi lemak kukus. Ini kira okeylah..berdasarkan kebersihan gerai dan penjualnya.

Bandar Kuching ni taklah besar sangat, tetapi menarik kerana masih banyak bangunan bersejarah dipelihara.

So lain kali hendak makan dimana-mana cari tanda logo halal.





Tiada ulasan: