Khamis, 19 Februari 2009

MAKAN-MAKAN DI SIBU SARAWAK



Semalam di Kuching hari ini ke Sibu, ambil masa dalam 45 minit dari Kuching.

Selepas check-in hotel, terus ambil angin di sekitar bandar Sibu. Wow besar juga bandar ni..

Tempat yang menarik saya pergi taman sebelah sungai rejang dan Wisma Sanyen (Shopping Complex).



Hampir 90% penduduk disini berbangsa cina, penduduknya peramah.

Kalau kita first time disini memang susah sikit untuk mencari kedai makan Muslim, tapi kalau nak makan fast food tu banyak..

Mana taknya semasa saya mencari kedai makan dikawasan bandar ni, ada penjual wanita bertudung menjual makanan halal tapi disebelahnya pula menjual makanan tidak halal seperti Bubur Khinzir dan khinzir panggang yang kalau disemenanjung tu pelik sedikit.

Mungkin masyarakat disini sudah biasa menjual makanan halal dan tidak halal satu kedai yang sama.
Pendapat saya jika terlalu dekat ia akan menimbulkan Subhah (Keraguan) yang lebih baik dijauhi.
Sebab kita tidak pasti sama ada pinggan-mangkuk, sudu serta peralatan memasak tidak bercampur atau berlakunya "Cross-contamination" kerana ia jelas bersebelahan.Ada juga saya ternampak wanita bertudung makan di kedai yang sama.Lebih memeranjatkan mereka menggunakan ayat suci digantung pada dinding untuk menyatakan mereka menjual makanan halal.

Nasib baik malam ini kawan sekerja saya dari Sibu bawa saya makan di satu kawasan penjaja makanan muslim tidak jauh dari Bandar. Kami pekena Behoon dan mee tomyam seafood, emmm...memang terangkat, so sapa datang sibu jangan lupa pekena di gerai no. 14.

Bagi saya sebelum kita ingin makan di tempat yang agak baru, perlulah kita bertanyakan orang tempatan dan kawan-kawan yang tahu tempat makan halal dikawasan tersebut.

Itu tip saya hari ini.


Tiada ulasan: