Khamis, 26 Februari 2009

"HARAM-MOTO"




"Egg-Moto"


"Duyong-Moto"


"Vege-Moto"


"Ice -Moto"



"Chic-Moto"



"Pork-Moto"

P/S: Untuk kenderaan yang pernah membawa haiwan ini tidak boleh membawa makanan halal kerana telah dicemari najis berat.

Khamis, 19 Februari 2009

MAKAN-MAKAN DI SIBU SARAWAK



Semalam di Kuching hari ini ke Sibu, ambil masa dalam 45 minit dari Kuching.

Selepas check-in hotel, terus ambil angin di sekitar bandar Sibu. Wow besar juga bandar ni..

Tempat yang menarik saya pergi taman sebelah sungai rejang dan Wisma Sanyen (Shopping Complex).



Hampir 90% penduduk disini berbangsa cina, penduduknya peramah.

Kalau kita first time disini memang susah sikit untuk mencari kedai makan Muslim, tapi kalau nak makan fast food tu banyak..

Mana taknya semasa saya mencari kedai makan dikawasan bandar ni, ada penjual wanita bertudung menjual makanan halal tapi disebelahnya pula menjual makanan tidak halal seperti Bubur Khinzir dan khinzir panggang yang kalau disemenanjung tu pelik sedikit.

Mungkin masyarakat disini sudah biasa menjual makanan halal dan tidak halal satu kedai yang sama.
Pendapat saya jika terlalu dekat ia akan menimbulkan Subhah (Keraguan) yang lebih baik dijauhi.
Sebab kita tidak pasti sama ada pinggan-mangkuk, sudu serta peralatan memasak tidak bercampur atau berlakunya "Cross-contamination" kerana ia jelas bersebelahan.Ada juga saya ternampak wanita bertudung makan di kedai yang sama.Lebih memeranjatkan mereka menggunakan ayat suci digantung pada dinding untuk menyatakan mereka menjual makanan halal.

Nasib baik malam ini kawan sekerja saya dari Sibu bawa saya makan di satu kawasan penjaja makanan muslim tidak jauh dari Bandar. Kami pekena Behoon dan mee tomyam seafood, emmm...memang terangkat, so sapa datang sibu jangan lupa pekena di gerai no. 14.

Bagi saya sebelum kita ingin makan di tempat yang agak baru, perlulah kita bertanyakan orang tempatan dan kawan-kawan yang tahu tempat makan halal dikawasan tersebut.

Itu tip saya hari ini.


Jalan-Jalan Cari Makan Di Kuching Sarawak

Ini merupakan kali ke-2 saya ke Kuching Sarawak.

Sampai di Airport Jam 4 petang, lepas check-in terus jalan-jalan tepi sungai Sarawak.

Perut keroncong ni, bukan apa makan dalam flight macaroni with chicken, selera mat salleh tak sama dengan kita.

Bile dah lama kerja berkaitan halal ni susah sikit nak pilih kedai makan, maklumlah kena amalkan apa yang dipelajari.

Apa yang menarik disini banyak lagi kesan-kesan sejarah "James Brook" raja putih yang pertama, dari Muzium, bangunan dan ada juga restoren. Dengar kata restoren tu masih wujud hingga kini 2009!!



Ha..kan betul restoren beliau masih wujud sehingga kini....

Kalau kita baca buku sejarah mesti beliau sinonim dengan negeri Sarawak.

Saya tak makan pun...coz tak nampak logo halal di restoren ni...

Puas berjalan tepi sungai saya tertarik pada satu gerai, ada seorang makcik bertudung menjual pelbagai jenis cucur dan nasi lemak kukus. Ini kira okeylah..berdasarkan kebersihan gerai dan penjualnya.

Bandar Kuching ni taklah besar sangat, tetapi menarik kerana masih banyak bangunan bersejarah dipelihara.

So lain kali hendak makan dimana-mana cari tanda logo halal.





Rabu, 18 Februari 2009

KOBE MEAT

Saya melihat satu rancangan berbentuk food traveler tadi.
Ada perkara menarik perhatian saya.
Pernah dengar Kobe Meat? Ia merupakan daging paling mahal di Jepun.
Daging ini mempunyai jaringan lemak lebih banyak dari protin dagingya.

Mengikut rancangan ini, lembu tersebut diberi minum arak "sake" dan badanya diurut sentiasa. Patutpun dagingya mahal...

Pengacara rancangan ini sanggup mengembara selama 14 jam untuk ke jepun semata-mata untuk menikmati daging kobe ini. Harga sekeping steak daging kobe boleh mencapai $USD 600!!!!!
Wau, boleh beli seekor lembu kalau diMalaysia...

Teringat saya semasa menjalankan tugas untuk mengesahkan premis yang menghasilkan daging untuk kedai steak terkenal di Ibu negara. Lembu tersebut diberi minum "Air 100 plus"!! dan sentiasa diurut...
Mane taknya harga daging batang pinang sahaja mencapai RM 70/kg. Diberi makan hanya kacang soya bercampur jagung import.....


Macam-macam ada...

Apa kata anda?

Ahad, 15 Februari 2009

ASID BORIK




Pernah satu ketika dulu hebat diperkatakan diakhbar mengenai penggunaan asid borik didalam produk mee. Banyak syarikat pengeluar mee diserbu dan dikenakan tindakan.


Apa itu asid borik?

Ia merupakan antiseptik, pesticide (perencat seranga) dan sebagai fungicide (perencat kulat).

Ia selalu digunakan untuk mengawal serangga, pengawet untuk industri perabut, industri pembuatan kaca dan juga didalam bidang perubatan.

Asid borik tidak dibenarkan hadir didalam makanan atau produk makanan.

Jika terdapat kehadiran asid borik didalam makanan ia adalah disebabkan oleh pihak pengusaha yang tidak bertanggunjawab dan hanya memetingkan keuntungan semata-mata.

Asid borik digunakan oleh pengusaha makanan ini sebagai untuk memanjangkan jangkahayat dan kesegaranya.

Asid borik adalah bahan pengawet yang dilarang didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Produk makanan yang selalu mengandungi bahan pengawet ini seperti mee kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mee wantan, mee hokien, bee hoon, kulit popia dll.

Individu yang telah memakan makanan mengandungi asid borik yang tinggi boleh menyebabkan nausea, muntah, diarrhea, penyakit kulit, kegagalan buah pinggang dan kematian.

Cara untuk mengesan kehadiran asid borik ini boleh mengunakan air kunyit, tetapi ia bukan ujian penentuan kesahihanya.

Ia boleh juga memberikan keputusan yang salah. ini kerana tindak balas air kunyit dengan Natrium bikarbonat (air abu ) yan digunakan untuk membuat mee boleh menyebabkan mee bertukar dari kuning ke warna merah.Jadi cara yang terbaik adalah pengujian di makmal.

Jadi tip hari ini carilah mee kuning yang telah mendapat sijil halal sahaja, kerana penggunaan bahan ramuan dan keselamatanya telah dipastikan.

Apa kata anda?


Sumber : KKM, HDC



Rabu, 11 Februari 2009

"Blood Plasma"

Blood plasma/plasma darah digunakan didalam produk yang berasaskan daging untuk memberikan warna atau kekenyalan.

Ia juga akan meningkatkan mutu daging.   (ini ialah Porcine Blood Plasma Powder)

Biasanya plasma darah ini diperolehi daripada hasilan penyembelihan haiwan.

Darah atau plasma darah merupakan sejenis protin yang sesuai untuk digunakan dalam produk yang berasaskan daging.

Plasma darah boleh diperolehi dalam bentuk serbuk atau cecair.

Banyak ditambah dalam produk sosej dan banyak bahan mentah contohnya surimi, MDM (mechanically deboned meat), luncheon meat dan lain-lain.

Yang menjadi isunya darah apa yang digunakan, darah tidak boleh digunakan untuk produk halal.

Porcine plasma juga ada digunakan kerana ia adalah hasil buangan daripada penyembelihan khinzir.

Apa kata anda?

Selasa, 3 Februari 2009

"HOT DOG"!!!!

Ingat lagi masa pergi oustation di Johor.

Semasa temubual dengan pemilik premis, kami bertanya "Tak bela anjing ke towkey?", "Woo sini kucing pun tarak...."

Menurut pemilik kilang ni, dulu anjing dan kucing berkeliaran...tapi semenjak pekerja dari asing tinggal dikawasan ni..bilangan anjing dan kucing turun dengan drastik..

Ape puncanye? Rupe-rupenya mereka pengemar daging anjing...pemilik kilang pernah bertanya kepada pekerjanya kenape memakan anjing?

mereka menjawab, kalau tak dapat makan seminggu seperti tak makan nasi...

Patutlah dikawasan itu dilaporkan banyak kehilagan kucing dan anjing peliharaan.

Apa kata anda?


P/S: gambar hanya untuk hiasan dan tidak berkaitan dengan cerita tadi...