Ahad, 28 September 2008

Emulsifier E471

Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.

Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.

Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.

Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..

Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..

untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..

Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penerangan yang jelas dan tepat.

Harap warga Malaysia terutama Islam yang terlalu mendengar khabar2 angin berkaitan makanan halal ini, dapat membuka mata dan membuat kajian terperinci, daripada menyebar fitnah tanpa asal usul yanh sahih.

nizam berkata...

Jadi...

belilah barangan HPA..confirm halal dan suci

Unknown berkata...

masalahnya...HPA tak keluarkan semua barangan. Limited.

glorysunshine berkata...

mintak izin nak share boleh?

Moose berkata...

Salam Sdr. Fakaruddin, Saya nak pijam article ni nak share di Facebook....terima kasih in advance..Salam

unicorn berkata...

salam, i pun jadi bingung dgn kod
E471 ni, bila i survey tak semua nya extracted drp ba** tapi ada pula yang interframe dgn hujah lain . byk produk local ada E471,tapi ada logo halal JAKIM. dan sy sukakan ice cream bud's of san fransisco dan haagen daz, mrk ada cert halal drp badan agama islam negara masing2. dan ladang ternakan mrk pun lembu bukan ternak ba**. saya tawakkal saja kerana saya rasa banyak sykt akan bangkrap jika ada pihak yg nak sabotaj kerana E471 ni.

adek berkata...

Rikevita malaysia menghasilkan emulsifier yang halal..dr minyak kelapa sawit..

myym berkata...

macam mana dengan kopiko?dlm ingredient lists,ada E471.cop Halal die lain macam je...walau apapun,kalau ada rasa ragu2 baik tinggalkan je..hati lebih tenang insya Allah...

Tanpa Nama berkata...

salam,maaf bertanya,
macam mne kita nak tahu dan bezakan antara E471 yang diproses dengan haiwan yang halal atau tumbuhan dengan yang diproses dengan babi ?

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Sukar kita nak tentukan E471 yang digunakan adakah ia sumber haiwan atau sumber tumbuhan. Ia memerlukan pihak berkuasa menyiasat. cara yang paling mudah cari yang mempunyai logo halal kerana ia telah dipastikan sumbernya. TQ

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Salam,
Semua pembaca saya ucapkan terima kasih atas komen anda dan saya benarkan untuk share kepada yang lain.TQ

Tanpa Nama berkata...

tak pelik ke bila fenomena ini berlaku,hampir kesemua produk makanan dari luar negara mula jatuh..then tv kerajaan mula promote makanan buatan tempatan seperti coklat,ais kream dan sebagai mengatakan makanan buatan tempatan selamat dan bersih,bila kkm buat ujian..produk tersebut tiada bahan terlarang...aeik?? tak rasa sabotaj ke?

fakarudinft.blogspot.my berkata...

Terima kasih atas solan ini
Pandangan saya tiada isu..hanya lah kabar angin...
Kita sepatunya meyokong produk tempatan ..yang terbaik produk keluaran muslim