Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.
Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.
Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.
Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..
Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..
untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..
Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.
6 Pendapat Anda?:
Penerangan yang jelas dan tepat.
Harap warga Malaysia terutama Islam yang terlalu mendengar khabar2 angin berkaitan makanan halal ini, dapat membuka mata dan membuat kajian terperinci, daripada menyebar fitnah tanpa asal usul yanh sahih.
Jadi...
belilah barangan HPA..confirm halal dan suci
masalahnya...HPA tak keluarkan semua barangan. Limited.
mintak izin nak share boleh?
Salam Sdr. Fakaruddin, Saya nak pijam article ni nak share di Facebook....terima kasih in advance..Salam
salam, i pun jadi bingung dgn kod
E471 ni, bila i survey tak semua nya extracted drp ba** tapi ada pula yang interframe dgn hujah lain . byk produk local ada E471,tapi ada logo halal JAKIM. dan sy sukakan ice cream bud's of san fransisco dan haagen daz, mrk ada cert halal drp badan agama islam negara masing2. dan ladang ternakan mrk pun lembu bukan ternak ba**. saya tawakkal saja kerana saya rasa banyak sykt akan bangkrap jika ada pihak yg nak sabotaj kerana E471 ni.
Post a Comment