Khamis, 29 Januari 2009

Restoren Rebung




Ha... dengan sape tu? Siapa tak kenal dengan Chef Ismail.

Gambar ni saya ambil semasa makan direstoren Chef Ismail di Bangsar.

Rupa-rupenya chef Ismail menjadi rakan kongsi kepada Dato' Syed Muzzafar (Angkasawan Pertama Malaysia).

Banyak pilihan makan disini, semuanya jenis lauk-lauk pauk masakan melayu tradisional, dia punyer taste fulamak! memang best...kecur air liur dibuatnya...

Dari ikan patin masak tempoyak hingga rebung buluh masak lemak. Bak kata orang macam-macam ada....

Harga makan tengah hari satu kepala RM35 tak termasuk air. Harga makan artis la...

Tapi puas hati...

Bukan apa dengan kita mengenali Chef seperti chef Ismail banyak yang boleh kita pelajari mengenai cara masakan terutamanya masakan Barat dan Cina supaya kita tahu memilih makanan semasa kita hendak makan diluar negara atau di hotel-hotel besar yang tiada sijil halal.

Ha, itulah tip saya hari ini......






Rabu, 21 Januari 2009

"JALAN-JALAN CARI MAKAN"

Hujung minggu mahupun cuti sekolah ramai orang menhghabiskan masa bersiar-siar di komplek membeli belah.

Pihak pengurusan komplek mengambil peluang dan bijak mengatur promosi jualan seperti "sale" atau jualan penghabisan stok atau jualan awal bulan dll lagi...kalau boleh setaip masa asa jualan habis-habisan.

Pembeli dialunkan dengan muzik yang tenang atau jika ada perayaan didendangkan lagu-lagu raya...

So bertambahlah mood untuk membeli barangan yang tidak perlu.

Perasan tak biler kita beratur semasa ingin membayar dikaunter, pasti ada barangan seperti gula, pisau cukur dan lain-lain bagi memujuk pembeli mahupun anak-anak untuk membuat pembelian penutup. Bijak-bijak....

Biler balik rumah pasti kita tertanya-tanya mengapa kita membeli barangan yang tidak perlu..

Selepas membeli belah pasti kita lapar, pihak pengurusan turut menyediakan tempat makan seperti "food court".

Pernahkah kita perhatikan terdapat gerai-gerai ada mempamerkan perkataan "No-Pork" atau mempamirkan sijil penyembelih ayam untuk memujuk pengguna muslim.

Bagi saya kita harus memastikan gerai yang hendak kita kunjungi mempuyai sijil  halal yang sah bagi menjamin ramuan dan cara penyediaan makanan tersebut adalah halalan Toyibba....

Apa kata anda?

Sabtu, 17 Januari 2009

"NEPAL CHICKEN"

Ingat lagi 4 tahun lepas bile baru masuk keje..kene cek rumah sembelih ayam...

Puas cari kilang ni tapi tak jumape...tanya orang kata nun atas bukit tu...

Tapi biler cek kedai hardware...

Pening-pening...

Nak jadikan ceriter saya pun keluar dari kereta didepan kedai hardware tu..la..."kiok-kiok!"

Bunyi ayam...sah! ni lah kilang sembelih ayam tu...

Biler kami siasat kilang tu bersambung dengan kedai hardware ni..ada dibahagian belakang..

Terus ke tempat sembelih..

Masa tu ada 3 orang pekerja sedang menyembelih ayam..

Sorang pakai macam mask ninja..ala macam pasukan swat tu....pegang pisau tajam..

Dua orang lagi tukang pegang ayam untuk sembelih....

Tiba-tiba je mamat yang pegang pisau tadi meluru kepada kami...

Punya cuak, mane taknye pisau yang berlumuran darah macam cuba diacu kearah kami...

Ooo...dia cume beri salam dan berjabat dengan kami, terus pergi tanpa pesan ape-ape..

Mungkin nak tukar pakaian....

Tinggallah dua orang nepal...

Saya tanya "Are you muslim" dengan sengih2 mereka kata "yes-yes"....

Ayam yang telah disembelih tadi dicampak kedalam kandang simen yang penuh dengan najis ayam...

Ayam tu semua telah berlumuran darah..jadi warna merah...

terlihat dihujung ada 2 ekor ayam yang masih boleh berdiri tetapi leher yang terkulai...

Kita tanya Nepal tadi ayam tu kenapa tak mati lagi?

Nepal tadi terus menyambar ayam tersebut dan "Pluk!" dia cabut kepala ayam tanpa belas kasihan...

Wah...."Killerman" betul ni... Mengelupur ayam tadi...

Tak betul cara sembelihan mereka tu....

Selepas buat audit kami terus balik...

Memang takkan dapat sijil halal....

Apa kata anda ?