Selasa, 16 Disember 2014

Kopiko LA Coffee Haram?





Hari ni saya dihujani soalan adakah kopiko LA Coffee Haram?

Katanya "ada gelatin lemak babi.... Kod E472e...dah check dengan JAKIM ..kawan yang keje bahagian penyelidikan pon kata sahih...INI SELEMAH2 USAHA KITA untk Agama..." kata2 yang dipetik dari pesanan ringkas yang tengah viral sekarang.

Untuk maklumat Kopiko LA Coffee ni telah mendapat pensijilan Halal dari Majlis Ulama Indonesia dan juga sijil Halal Malaysia dari JAKIM. Jadi tidak timbul isu yang mengatakan bahan digunakan tidak halal.




Sila rujuk post saya yang lalu berkaitan kod E ini.
Ia tidak menyatakan babi adalah kod tersebut. Kod ini merujuk kepada bahan tambah makanan.. misalnya garam... kunyit juga ada Kod E tertentu...


Khamis, 11 Disember 2014

Istilah BABI Yang Perlu Kita Tahu

Post kali ini, aku nak kongsi istilah - istilah BABI yang biasa digunakan diluar sana.
Perkara ni penting supaya bila kita beli produk di pasaran tidak tertipu dengan perkataan tu.

Paling penting jika kita ke Luar Negara. Biasa kita dengar bila orang cakap babi samalah dengan PORK. Tapi korang mesti ingat banyak istilah yang berkitan, misalnya PORCINE.... ia juga merujuk kepada hasilan BABI.

Jadi diharap dengan perkongsian pada kali ni dapat menambahkan ilmu kita bersama.

PORK- Maksudnya babi dalam makanan

SWINE- Istilah keseluruhan spesies babi

HOG- Babi dewasa

BOAR - Babi liar

BACON- Daging babi salai

HAM- Daging babi bahagian peha

SOW- Babi betina dewasa

Sow Milk- Susu Babi

PIG- Seekor babi muda

LARD- Lemak babi (digunakan dalam produk berasaskan minyak dan sabun

PIG SKIN LINING- Lapisan dari kulit babi

PURE BOAR BRISTLE BRUSH - Berus bulu babi hutan yang asli

PURE BRISTLE - Bulu babi tulen




Pengguna Wanita di Malaysia Belanjakan lebih RM 2000.00 sebulan untuk beli kosmetik".

Pengguna Wanita di Malaysia Belanjakan lebih RM 2000.00 sebulan untuk beli kosmetik".

Post aku hari ni nak bincang pasal kosmetik. Yelah kan sekarang kosmetik memang tak dapat dipisahkan setiap hari.


Aku pernah baca dalam paper " Pengguna Wanita di Malaysia Belanjakan lebih RM 2000.00 sebulan untuk beli kosmetik".

Banyak tu... maksudnya bukan je lipstik, compact powder tapi termasuk shampoo, liquid Bath, perfume dan lain-lain.


" Yang Tua Akan Nampak Muda, Yang Berkedut Akan Hilang Kedutan, Yang Kusam Akan Sihat"


Kalau ikut bacaan kosmetik ni, dikira apa2 bahan atau sediaan yang dibuat untuk bersentuhan dengan bahagian LUARAN. Contohnya kulit, rambut, bibir, termasuk organ sulit luaran, gigi.




 Kenapa kita beli kosmetik? Ada untuk membersih, mewangikan, merubah penampilan, yela... yang kedut boleh dilicinkan..he.he...termasuk memperbaiki bau badan...ala..cam deodoran..

Korang mesti kena tahu apa yang digunakan untuk buat produk ni..jangan pakai beli jer... tu yang banyak isu muka makin berjeragat, mengelupas macam LOBSTER!!! nak lawa jadi bertambah hodoh cam jabatan tak siap...




Antara dalam pembacaan aku, kosmetik ni ada dari sumber haiwan macam kolagen, plasenta (URI) beeswax dll.
Bahan tumbuhan cam palm oil, cotton seed oil.
Mineral cam Zinc oxide , mica, titanium dioxide (bagi nampak putih)
Bakteria (cam Hyaluronic Acid..zaman dulu dari balung ayam a.k.a Rooster Comb)

MANUSIA!!!! cam Plasenta (URI) stem cell, keratin dll...

Bahan yang kita perlu hati-hati contohnya.

KOLAGEN

Tujuan untuk kekalkan kelembapan kulit dan cegah kedutan. Memulih masalah kulit, cantik serta suburkan rambut termasuklah Ati-ageing..(a.k.a. lambat penuaan)
Sumber kolagen yang biasa digunakan adalah dari BABI, lembu, ikan.
Bayangkan kita salut bahan BABI pada muka...

Jadi kalau nak beli kosmetik pastikan yang benar-benar berkualiti dan selamat dunia akhirat...