Jumaat, 8 Mei 2009

"World Halal Research Hari II)





Hari ni merupakan hari kedua pembentangan kertas kerja di World Halal Research.

4 paper telah dibentangkan, antaranya :

1) Advanced Research In Pharmaceutical Products (DR Azizi Ayob Chief Officer CCM Pharmaceutical R&D Center)

2) Updates on Global Halal and Kosher Supervision (Joe M. Regenstein, Proffesor of Food Science, Head: Coenell Kosher and Halal Food Initiative Coenell university)

3) Halal Certified Food Machinery Lubricants - Reducing Contamination Risk (Eddy M. Stempfel Shell Lubricants Switzerland)

4) Halal Transplant Bone (UIAM)

Pada yang tak dapat datang seminar ni, takpe saya akan masukkan isu yang dibincangkan dalam blog saya ni...Sebenarnya pada sebelah pagi saya ada lawatan ke BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan). Ada benda baru saya belajar, kalau nak tau kemungkinan kopi pra-campuran yang dicampurkan dengan steroid seperti Sildinafil atau Tadanafil (fungsi seperti Viagra!), harga sebungkus akan mencecah RM 5 dan keatas....jadi kalau minum kopi Tongkat Ali lepas minum rasa lain macam je...mungkin ada steroid ni...bahaya untuk mereka ada darah tinggi dan sakit jantung...
Satu lagi ada dijumpai mereka memasukkan bahan ini kedalam gula-gula!!!! sebiji RM 5. Kalaulah kanak-kanak yang termakan gula-gula ni, ape akan jadi?????
Hati-hatilah....


Khamis, 7 Mei 2009

"Halal World Forum"




Salam.


Baru tadi saya pulang dari hadir seminar World Halal Research Summit di KLCC convention centre.
Banyak ilmu baru dipelajari, seminar pada kali ini sangat menarik kerana pembentangnya terdiri daripada orang yang pakar mengenai kajian berkaitan produk halal.
Ramai yang datang, penuh juga..termasuk peserta dari luar negara seperti US, Filipina dan lain-lain.
Antara tajuk yang dibincangkan seperti perkembangan kajian untuk produk halal oleh Prof. Dr Yaakob Che Man (Ex-lecturer saya), perkembangan kajian kelapa sawit berkaitan halal (MPOB), kajian mengenai Gelatin oleh Dr dari USM dan esok lagi menarik ada kertas yang berkaitan perkembangan halal dan kosher dibentangkan oleh Prof. dari Universiti Corrnel US.
Jika ada masa dan kelapangan apakata kita singgah dan menuntut ilmu disana.'
Soalan-soalan yang dikemukakan  pun mencabar.
 Antara isu yang diketengahkan contohnya:

1) Deligasi daripada Filipina membincangkan isu GMF (Genetic Modified Food)/GMO (Genetic Modified Organism)

2) Isu tentang kaedah pengangkutan minyak sawit, bagaimana jika minyak yang dimasukkan kedalam kapal tangki dikuatiri menggunakan tangki minyak yang sama dengan minyak tidak halal?

3) Penggunaan gelatin yang tinggi berbanding dengan pengeluaran gelatin halal, apa altenatifnya?

4) Istilah "Istihalah"?

sekian.

P/S: Tahniah kepada Prof. Yaakob Che Man kerana mendapat anugerah "world Halal Research"!
 


"Selsema Babi"

Ermmm...risau sekarang ada satu virus maut, "Swine Flu".
Banyak isu pasal babi ni..dulu virus nipah yang berasal daripada babi juga..
Swine flu ni boleh menyerang paru-paru dan akhirnya menyebabkan kematian..
Kita perlu berfikir mengapa haiwan ini banyak dikaitkan dengan penyakit-penyakit yang pelik..
Mungkin ini sebabnya ia diharamkan dari dimakan oleh orang Muslim...