PERCAYA atau tidak, amalan sihir masih lagi menjadi ancaman
sebahagian daripada masyarakat Melayu moden pada hari ini. Sihir
mempunyai pelbagai matlamat adalah untuk menundukkan musuh dengan cara
mudah.
Maka tidak hairanlah pusat perubatan berasaskan Islam semakin banyak
ditubuhkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang terkena sihir.
Sebagai usaha inovatif mengekang gangguan makhluk halus malah
pengasas Pusat Perubatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafei memperkenalkan
kaedah merawat gangguan tersebut menerusi kaedah pemakanan moden.
"Oleh kerana meminum kopi menjadi sebahagian daripada rutin kita,
saya memperkenalkan kaedah mudah kepada mereka yang menderita akibat
gangguan makhluk halus menerusi kopi penawar ruqyah.
"Sebenarnya kopi itu sesuai untuk sesiapa sahaja kerana syaitan dan
jin yang berdampingan dengan manusia bukan sahaja hadir kerana
'dihantar' tetapi ada yang berdampingan secara semula jadi terutamanya
mereka yang jauh kepada Allah," kata Shamsuri.
Kopi pracampur itu turut mengandungi campuran pemakanan sunah seperti
habatussauda, buah zaitun, kismis dan koma-koma yang dibacakan dengan
ayat-ayat ruqyah oleh Shamsuri sendiri. Ayat tersebut merupakan bacaan
yang dipercayai berperanan dalam menghalau makhluk halus.
"Seperti yang kita sedia maklum makanan sunah merupakan antara
makanan yang mudah dihadam dan baik untuk kesihatan. Justeru kopi ini
mengandungi nilai-nilai mengikut cara Islam," katanya yang turut
memperkenalkan kopi delima ruqyah yang mengandungi bahan ekstrak kurma,
madu, delima dan buah tin.
Maklumat lanjut mengenai kopi tersebut hubungi 013-960 9268 atau 019-460 1205.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan