Selasa, 21 Februari 2012

"Sayur racun tikus"

Awas kalau kita tidak berhati-hati kita mungkin termakan sayur berperisa racun tikus!!!

Laporan berkenaan menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat India, negara pengeluar susu terbesar di dunia di mana susu digunakan dalam amalan keagamaan dan menjadi sumber protein kepada beratus juta vegetarian.
Bagaimanapun, apa yang dipaparkan itu hanya cebisan kecil daripada masalah sebenar. Agensi itu juga mendapati kira-kira 13 peratus daripada semua makanan di negara kedua terpadat di dunia itu gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan kerajaan. 
“Masalah ini berlaku di seluruh India, semuanya tercemar. Dalam keadaan ini, memang tiada pilihan. Terpaksalah makan apa saja yang ada,” kata Savvy Soumnya Misra, daripada Pusat Sains dan Alam Sekitar yang beribu pejabat di New Delhi.


Selepas dua dekad menyaksikan kepesatan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup, berjuta rakyat India menjadi lebih kaya dan makanan yang diambil juga lebih pelbagai. Cita rasa rakyat India juga sudah berubah, malah makanan luar daripada wain Perancis hinggalah sushi yang tiada pada generasi dulu kini mula mendapat tempat di kalangan kelas pertengahan di bandar.

Namun, tahap keselamatan makanannya masih sangat kurang memuaskan di negara yang mempunyai lebih ramai orang miskin berbanding negara lain di dunia itu.

Kesedaran mengenai keselamatan makanan di kalangan berjuta penjaja dan peniaga kecil di India juga terlalu rendah. Kemiskinan menyebabkan peniaga menambah bahan pencair seperti air ke dalam produk mereka supaya ia menjadi lebih banyak. Minyak masak mahal dicampur dengan minyak masak murah, sisa teh digunakan kembali dan digaul dengan teh baru. Malah, mereka juga memasukkan apa saja bahan daripada urea hinggalah kertas pedap minyak untuk memekatkan makanan yang dijual di pesta.

Selain itu, kekurangan anggota penguat kuasa juga satu masalah besar di India.
Inilah sebabnya hanya segelintir saja yang dihukum kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan makanan, apatah lagi untuk dipenjarakan, kata aktivis hak asasi manusia.

“Di China, mereka yang didapati bersalah mencemarkan susu dengan melamin dijatuhkan hukuman mati. Tetapi di sini, mereka (peniaga dan pengusaha) tidak dikenakan sebarang hukuman. Jadi macam mana mereka hendak takut pada pihak berkuasa?” soal Misra.

Pada 2008, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak di China mening�gal dunia dan hampir 300,000 jatuh sakit akibat meminum susu yang dicampur melamin iaitu bahan kimia industri yang digunakan untuk meninggikan bacaan dalam ujian protein. Ke�sannya, dua orang dijatuh�kan hukuman mati apabila didapati menjadi dalang dalam skandal berkenaan.

Memang tahap keselamatan makanan biasanya rendah di kawasan miskin akibat kejahilan dan keinginan untuk mendapat untung lebih.

“Orang miskin tidak kisah sangat mengenai kualiti. Mereka akan beli barang yang lebih murah. Apa yang mereka fikirkan ialah bagaimana hendak mengisi perut,” kata Ashok Kanchan, penasihat teknikal di Suara Pengguna, satu pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Dalam isu ini, Bhim adalah antara contoh terbaik. Pemborong di Delhi biasa�nya mendapatkan barangan jualan mereka dari kawasan terpencil yang beratus kilometer jauhnya. Di India, dianggarkan 40 peratus makanan busuk sebelum dijual disebabkan masalah logistik kerana jalan di lebuh rayanya berlubang-lubang dan sesak serta kemudahan penyimpanan yang masih primitif.

Pemborong tidak boleh membeli buah-buahan seperti epal atau mangga masak kerana buah-buahan yang tidak disimpan dalam peti dingin itu akan busuk dalam perjalanan. Mereka hanya ada satu pilihan iaitu membeli buah-buahan mentah yang kemudian diperam dengan kalsium karbaid - bahan yang dikenali sebagai ‘masala’ atau ‘rempah’ di India.

Penggunaan serbuk putih kalsium karbaid akan mengurangkan proses kematangan yang biasanya mengambil masa beberapa minggu kepada beberapa jam saja.

Bahkan pemborong juga terdorong untuk menggilap atau mencelup buah dalam larutan pewarna supaya ia nampak segar ketika dijual.

“Buah yang nampak berkilat dan segar itulah yang busuk sebenarnya. Nampak cantik di mata, tetapi boleh menyebabkan sakit perut,” kata Ramdular, peniaga di Azadpur Mandi.

Ada peniaga yang bersedia membincangkan perkara itu secara terbuka. Yang lain, hanya berani mengenyitkan mata atau mengangguk tanda mengiyakannya.

“Dia ambil gambar awak. Nampaknya lepas ni awak kena tutup kedai,” usik seorang peniaga apabila jurugambar menghalakan lensa kamera ke beberapa gerai buah-buahan.

Pihak berkuasa di Delhi dan tempat lain di India berkata, mereka sedang mencari jalan penyelesaian untuk isu ini, dengan cara mendenda pesalah dan membuat serbuan ke kedai makan. Serbuan sangat penting khususnya pada musim perayaan kerana penggunaan barang-barang yang tidak elok seperti susu manis atau tepung boleh membuatkan ramai dimasukkan ke hospital.

“Kerajaan Delhi sudah pun menjalankan penguatkuasaan dan sekarang dengan adanya laporan ini, kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas untuk menangani keadaan ini,” kata Menteri Kesihatan negeri AK Walia, merujuk kepada laporan FSSAI mengenai pengubahsuaian susu.

Namun hakikat�nya, me nguat kuasakan undang-undang keselamatan makanan di India bukanlah mudah.

“Undang-undang yang ada ini memang cukup baik, tetapi penguatkuasaannya sangat lemah,” kata NC Basantia, Pengarah Makmal Makanan Avon di Delhai yang membuat ujian makanan bagi pihak kerajaan.

Delhi, bandar yang didiami 17 juta penduduk hanya mempunyai 32 pegawai keselamatan makanan dan tugas pegawai ini menjadi lebih sukar kerana peniaga ada saja akal untuk mempertahankan tindakan mereka. Malah setiap kali penguatkuasa bergiat aktif, maka akan timbul kekecohan di pasar.

Bukan itu saja, untuk mengetahui tahap masalah keselamatan makanan di India juga menjadi isu kontroversi. Selepas FSSAI menerbitkan tinjauan mereka ke atas pengubahsuaian susu pada Januari, satu demi satu kerajaan negeri menafikan dengan mengatakan masalah di tempat mereka tidak seteruk yang dilaporkan.

Bahkan, menurut Basantia, sampel makanan yang dihantar untuk ujian juga tidak seburuk yang disangka.

“Sukar untuk kami berasa 100 peratus pasti dengan sampel makanan yang
dihantar, sama ada ia untuk kajian pihak swasta atau kerajaan kerana bukan kami yang cari sampel berkenaan.

“Namun, kami yakin pihak berkuasa memberikan sampel yang baik, kami uji dan laporkan keputusannya. Bahagian lain yang hendak dieksport atau diagihkan mungkin tercemar. Kita tidak tahu,” katanya.

Ada yang mempertikaikan bahawa laporan FSSAI memberikan gambaran kurang baik terhadap industri makanan India kerana organisasi itu hanya ditubuhkan selepas 2008. Lagi pun ia masih dalam proses melatih kakita�ngannya dan menaik taraf makmal dengan teknologi moden.

Jumlah pegawai keselamatan makanan di India sangat kecil, hanya 2,000 orang berbanding jumlah yang mahu diambil dan dilatih oleh FSSAI iaitu 6,000 orang, kata pengerusinya, K Chandramouli.

Bajet yang dimilikinya tahun ini hanyalah RM24 juta, mereka berharap ia dapat ditingkatkan empat kali ganda untuk 2012/2013.

Pun begitu, rekod keselamatan makanan di India kini mungkin jauh lebih baik berbanding dulu, disebabkan peningkatan tahap kesedaran penduduknya mengenai isu ini.

Perkara ini turut disumbangkan oleh peningkatan pendidikan, kaedah pembungkusan makanan yang lebih baik dan kemodenan sektor pemborongan. Malah, pendedahan isu keselamatan makanan di saluran televisyen 24 jam bermakna liputan mengenai perkara ini boleh berlanjutan selama beberapa hari.

“Pencemaran susu bukan perkara baru. Ia sudah berlaku sejak dulu lagi. Ia mencetuskan kekecohan kerana kajian itu dilakukan oleh badan kawalan makanan,” kata Misra.

“Kerajaan kata susu yang anda jual itu sudah diubah (kandungannya). Sekarang mereka mahu mengesahkan perkara yang semua orang sudah tahu,” katanya lagi. - Reuters.

Tiada ulasan: