Isnin, 6 Jun 2011

Pengeluar Minuman Non-Alcoholic Drink Diminta Mendapatkan Pensijilan Halal JAKIM

Jualan terhadap minuman yang dikatakan non-alcoholic dinegara ini telah menurun dengan mendadak, ini disebabkan kerisauan pengguna Islam terhadap status kehalalan produk itu. Pengedar minuman ini mengeluh kerana atas sebab isu ini mereka kerugian besar, kata mereka minuman tersebut "Halal" atas sebab ia dijual dimerata tempat di negara-negara Arab. "Kalau orang arab pun minum kenapa kita tak boleh, bila mereka minum sudah tentu produk itu halal" kata mereka. Tapi pendapat penulis ia perlulah disahkan status halalnya oleh pihak berautoriti di negara ini terlebih dahulu.Tidak semua penduduk di negara Arab tu Muslim, ia sama seperti Malaysia ada pelbagai agama dan kepercayaan.terpulang kepada orang ramai untuk memikirkanya.




Dapatkan sijil halal Jakim



KUALA LUMPUR 31 Mei - Pengeluar minuman berasaskan barli atau lebih dikenali 'bir halal' diminta memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jika ingin memasarkan produk mereka kepada umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun ada antara 'bir halal' itu dikatakan dijual di Arab Saudi dan mendapat pensijilan halal negara Islam lain, ia masih perlu mendapat kelulusan Jakim supaya memberi keyakinan kepada pengguna.
"Kita tidak menolak sijil halal yang dikeluarkan di negara lain. Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi peraturan yang dipegang di negara ini.
"Sijil halal yang dikeluarkan Jakim telah mendapat persetujuan bersama daripada semua Majlis Agama Islam Negeri dan diperakui Majlis Fatwa Kebangsaan. Ia penting supaya tidak mengelirukan pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) bagi tahun 2010 kepada Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat.
Beliau diminta mengulas kajian oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang mendapati sejenis bir yang didakwa halal oleh pengedarnya mengandungi 0.5 peratus alkohol.
Tegas Jamil Khir, peraturan tempatan telah menetapkan kandungan alkohol dalam minuman dan makanan tidak boleh melebihi 0.01 peratus.

Tiada ulasan: